Nuffnangx

Tuesday, 16 August 2011

Bibik Yang Alim

Malam ni aku terkesima kejap. Bibik aku kata Terawih tu wajib. Sebab tu dia terkejar2 nak ke masjid, makan tak sempat, basuh pinggan pun tak sempat. Mintak izin majikan nak keluar pun tak payah. Aku kena beristighfar panjang, takut tangan aku terpanjang dan tertampar anak orang.

Dah lebih seminggu aku 3 beranak tak ke masjid, berterawih kat rumah je, sebab mamat tu sakit pinggang nak berlama2an di masjid. Ditambah pulak paru2 bonda dah start lemah balik, dek terlalu kuat ulang-alik ke masjid, tak sesuai dengan tahap kesihatan dia. Nak kembali berjamaah kat masjid, kena tangguhkan je sebab bonda nak join solat kat rumah. Bibik tetap setia pergi, tak menyempat buat apa2 dah lps iftar, siap literally berlari turun tangga meluru ke pintu nak ke masjid. Sudahnya, air panas sampai paras paling bawah setiapkali masuk waktu sahur dan sebelum waktu tidur. Kalau bukan aku, mak yang penuhkan. Kalau bukan mak, adik ipar aku yang buatkan. Aku tengok je takat mana budak ni nak naik kepala.

Sampai la lepas terawih tadi, aku turun nak buat kopi kat mamat tu, takde air panas langsung dan heater tetap on. Wah.. Ini sudah lebih, beb! Berasap kejap hati aku. Terpaksa la panaskan air cara instant dlm microwave, janji lepas satu mug kopi untuk hasbenku. Elok je kul 10.15pm waktu tempatan bibik balik, aku panggil masuk dapur, duk betul2 mengadap bekas air panas. Aku tunjuk la kat dia, sampai kosong dah berapa kali orang lain buat kerja dia.

Aku tanya dia, terawih tu sunat ke wajib? Dia jawab, wajib. Aku rephrase, guna soalan membimbing, solat sunat terawih tu sunat ke wajib? Dia tetap jawab wajib. Aku tanya la, kerja dia sunat ke wajib? Baru la dia diam, tertunduk. Baru paham gamaknya. Aku tanya lagi, dia datang sini nak kerja ke nak gi masjid? Makin dia tunduk dan membisu. Aku cakap, dah kasi pegi masjid tu jangan la melampau sampai semua keja dia orang lain sudahkan. Kalau dia tetap nak pegi, baik pastikan semua kerja beres. Kalu tak, tak payah pegi masjid lagi dah. Sikit lagi aku nak tengking, tapi kutahan, Jebat! Tu pon suara aku dah tinggi weh, nasib baik dah bukak posa, kalu tak konpem dah kurus posa aku!

Aku sebenarnya dah tak kuasa perangai manusia yg jadi bibik nih. Baik dari Thailand, baik dari Indonesia, baik dari Kemboja, SAAAAMAAA aje! Semua pesen beri betis nak kepala. Tak sedar dek untung punya manusia. Tapi apa nak buat, dah desakan hidup dan tahap kesihatan yang tak berpihak pada aku, terpaksa la aku redahi dengan hati yang tabah. Cuma kali ni aku takde nak simpan2 dah. Kasi sembur terus kalu rasa tak puas hati. Itu pun kira baik lagi, sebab masih kasi peluang dan tengok sejauh mana dia nak uji kesabaran aku.

Apa2 pun, hari ni dia tau terawih tu sunat. Kena selesaikan benda wajib dulu baru buat yang sunat. Jenuh jugak dapat bibik yang alim nih rupanya. Dah sebelum2 nih jenuh bersuruh pun tak mau sembahyang. Kali ni yang terlebih2 la pulak sembahyangnya. Aduhai. Tapi ye la, Alhamdulillah dapat bibik yang menjaga solatnya. At least aku senang hati nak makan nasi yang dia masak, air yang dia panaskan...

Harapan aku, dalam masa 2 tahun kontrak dia dengan aku, akan lebih menenangkan perasaan. Mudah2an dia bukak hati dia nak belajar dari kesilapan. Ya Allah, tolong la aku kali ni...




4 comments:

  1. akak, die eksaited nak jumpe kawan2 ke kat masjid tu? huhu. bukan nk buruk sangka..
    sbb bibik saye pon kdg2 camtu jugak..huhuhu

    ReplyDelete
  2. Mula2 mmg nampak suka berterawih, lama2 nampak cam escapism pulak. Getaway, breakway.. :)

    ReplyDelete
  3. Species mereka tak bole bagi muka.Must be firm.Dah betul lah cara kamu nih.Kene tegur and nasihat.Kalau dia degil jugak,pecat aje.No point kite pulak take over kerja dia kan,

    ReplyDelete
  4. Arini dia launch silent treatment against me, sis.. Hahah.

    ReplyDelete