Nuffnangx

Sunday, 5 February 2012

Baldu Biru

Salam. Lamanya tak layari lembaran bisu seorang aku di arena ini. Sepi. Menyepi. Sendiri. Menyendiri. Walau bukan begitu niat di hati, apakan daya, kudrat membatasi. Ruang dan waktu juga tak menyebelahi. Lalu, hari ini dan saat ini, kukuak sekelumit rasa, secebis kerinduan, lalu kutitipkan bait-bait bicara dari sanubari yang paling dalam.. Hayati..

Hehehehe.

Korang, aku ni baru balik dari BBQ kat Port Dickson. Asyik berjemur aje semenjak dua menjak tiga menjak ni. Bermula dari awal Januari 2012 kat Pulau Pangkor, ada aktiviti percutian berdana ekonomi handalan antara adik-beradik yg tersayang. Mak aku jadi chettiah kutip 30 henggit sorang setiap bulan. Terbukti mak seorang Ah Long dalam hatinya, hehehe. Takut semer orang nak hutang dia lama2. Kalu tak, cair ler taik telinga dengar dia duk demand suh bayor, beb!

Lepas tu masa cuti panjang Gong Xi Fa Chai baru ni, aku secara quadruple pegi berkhemah kat Pantai Bagan Lalang, Sepang Gold Coast. Bayangkan la, 1st time ever aku pernah pegi camping
masa Darjah 5 dulu, weh! Tu pon kat padang skolah rendah je.. Ayah aku siap pegi intai, korang jangan tak tau! Aku buat2 tak nampak je masa dia lalu dgn motor Yamaha kaler merah nye itiew,
adeh. Berat ati dia nak lepaskan puteri impian ini pergi, gamaknya. Nasib baik la sorang2 nye
org lelaki yg duk sembang dgn aku berjela2 lamanya adalah Cikgu Kamaruzaman, cikgu praktikal yg terhensem la di mataku saat itu. Ala, lagipun mana ada budak lelaki pon suka kat aku masa skolah rendah. Aku biasanya dgn cikgu-cikgu aje la. Sorang lagi yang aku rapat, cikgu India yang ajar Muzik. Ha.. Cikgu apa ke namanya ntah, tapi hensem gak la, mcm hero Kollywood. Hehehe. Tapi Cikgu Muzik tu tak suka camping, so aku lepak dgn Cikgu Kama secara duet aje la,
kan? Lepas balik tu kan korang, banyak soklan ayah aku tiba2 minat nak tanya pasal cikgu Kama.

"Orang mana cikgu tu?"

"Ajar apa dia?"

"Apasal misai dia kontot?"

..... Itu la kali terakhir aku dapat gi camping. Hurmmmm.....


Anyways, camping kat Bagan Lalang sgt meriah. Macam pesta, korang. Kiri-kanan berderet khemah.
Bingit, korang. Kalah bunyi mercun kat KLCC. Bunyi ombak pun tenggelam, weh! Sebelah kanan
aku tu pulak ada sorang makcik ni duk citer pasal kisah dia jual kuih masa kecik, tolong mak dia. Ala2 citer Dato' Simply Siti la, kan? Pitching dia korang, mak ai... Melayankan. Melarat2 sampai kul 2 pagi, abis pasal sejarah pakwe yg duk ngurat dan aku qoute unqoute, "abis takat panggung wayang aje la, kan.." Aku sket lagi nak gi berendam dlm ombak pagi2 buta, beb, lantaran terhibur yg amat sangat. Nak kata tak reti bahasa, dah bercucu bagai.


Jadinya, muka aku maintain "tanned" sejak dari trip ke Pangkor, ditambah dek jasa Pantai Makcik Glemer Tepi Khemah. DAN sejak semalam & hari ni, oleh hawa Pantai Port Dickson. Jenuh la kitorang family friends bersama anak masing2 menikmati privacy private beach itiew...! Dah mcm anak Cikgu Muzik skolah rendah aku je nampak muka anak aku tuh! Heheheh.


Sampai rumah ptg tadi aku ngantuk gila, beb. Tak mau tidur siang, aku turun tengok konsert Awie & Ella buat kali keberapa ntah kat Astro First. Patutnya aku dpt tiket free gi tgk live kat Istana Budaya, tapi masa tu aku kat Pangkor. May be sebab rasa ngantuk melebihi rasa minat thdp Awie & Ella, maka tak jalan gak. Apa lagi, aku gi buat White Coffee kaw punya 1 mug besar. Baaaaaaaaaru bleh tongkat itu mata! Dan sambung tgk konsert. Kul 6.30pm aku naik, buat entry nih. Sementara tunggu Maghrib. Kedengaran jelas dari surround system stereo alunan lagu BALDU BIRU yang gila best paduan suara Awie & Ella kat bawah.. Terbuai, weh!


Misi aku berjaya. Aku tak tidur siang walaupun mengantuk tahap Cromok. Dan bonus nya, siap satu entry. Bravo, Tak Per Jer!






.

No comments:

Post a Comment