Bukan Di Luar Kawasan

Salam. Pernah rindukan somebody tak korang semua? Rindu yang boleh buatkan kita "weng", hati jadi ketat, lidah rasa kelat, even masa makan coklat. Pernah tak? Sangat tak best. Kan? Segalanya payau. Lemau. Ish.. Tak mau la!

Tapi itu la dia namanya rindu. Kita bukan boleh pilih pun nak ke tidak, sungguh berat sebelah perasaan itu. Dominant. Kuku Besi, mungkin? Owh, tidak... Rindu bukannya something yang kejam. Tapi org yg dalam kerinduan memang la terasa mcm dunia sangat kejam. Aduhai.. Hopeless. Helpless. Clueless. Sampai jadi Mindless? Ha.. Yang tu kita boleh pilih. Yang kita tak boleh pilih, kerinduan. Tapi bab-bab sejauh mana nak layan rasa rindu, kita boleh pilih. Susah, of kos, aku pun tak cakap senang. Tapi boleh pilih, at least. Itu dah cukup bagus, kan? Sebab kita ada kawalan, dalam bidangkuasa kita untuk mengawal.. Aku bahagia la, sebab ada jugak keadaan yang boleh aku kuasai perasaan itu.

Selalunya jenuh la kita fight tak mau rindukan somebody, kan? Aku pun tak terkecuali. Masalahnya, makin dilawan, makin menjadi-jadi pulak ditimpa perasaan. Rupa-rupanya memang tak payah lawan pun, layan aje ler. Takat mana sangat nak diasak perasaan, takkan takde masa reda langsung? So, aku cadangkan baik kita tak payah lawan. Kalau buat dek, itu bukan penyelesaian. Lebih kepada penafian, sebenarnya. Itu lagi bahaya. Takut nanti explode, susah woo... Jadi, buat aje macam orang yg tak reti berenang yg terjatuh dlm laut. Biarkan aje ombak bawak ke mana, jangan sibuk nak meronta-ronta. Nanti terdampar la kita kat pantai. Itu kata saintis la. Ada logiknya, korang. Kalau tak, macamana org pengsan kat tengah laut selamat pulak tak lemas, elok aje terbaring dihempas ombak ke pantai. Kalau dia sedar, meronta-ronta, panik seperti sepatutnya, dah tentu lemas kejap aje dah arwah. Euwww.. Mintak dijauhkan la aku terjatuh tgh laut, kan?

Aku bagi metafora je tu, korang.. Yang aku nak cakap, perasaan rindu ni baik kita layankan aje. Ikut kreativiti dan preference sendirian berhad la, kan.. Macam aku, kalau dah takde keja lain nak buat, aku nangis aje habis-habisan. Walk the memory lane. Tengok gambar-gambar kenangan. Tulis perasaan aku tanpa sorok apa-apa, then padamkan balik bila dah rasa okay. Peduli apa aku orang nak cakap apa pun, kan? Hello.. Dah nama pun perasaan aku...? Memang kena jadi selfish. Let it out, say it. Out loud. Scream if you may. Janji bahagia. Sebabnya, proses pemulihan hanya akan bermula selepas apa jua perasaan yang terpendam itu diluahkan. Macam jugak kehilangan orang yang kita sayang. Ambik la masa nak merintih. Menangis. Meraung. Sampai pitam 5 kali sehari pun, so be it. Nanti pelan-pelan masa akan memulihkan. Kalau tak, macamana nak pulih? Asyik ada sisa dan baki perasaan berbangkit. Tak ke sadis tu, kawan-kawan..?

Ni ha, aku dah ala-ala pulih dari kerinduan la ni. Kan dah boleh merapu semula kat sini? Kalau tak, berhari-hari, berminggu-minggu sebaris aje la pun ayat kat ruangan blog aku, tak penuh-penuh. Sibuk memang la, kan. Tapi kesibukan tu cuma bagi satu tempat menyorok aje pon. Dah abis sibuk, macamana? Jadi, takkan selesai jugak masalah akhirnya. Bagus jugak bila dah tersedar dari persembunyian yang tak dirancang. Tinggal lagi, bagi la peluang kepada diri sendiri. Jangan duk hukum diri kita sebab diserang rindu yang tak berketepian. Perasaan tu Tuhan yang bagi. Cuma kita kena la tau nak letakkan had pada semua tu. Kira macam Pengurusan Jiwa la lebih kurang. Jangan sampai tak sayang diri sendiri, sudah. Bila dah lalui proses pra pemulihan, semasa dan selepas pemulihan, kena carik diri sendiri yang hilang ditimpa perasaan. Sebab akhirnya, yang nak teruskan kehidupan kita jugak.

Dan tak payah hukum diri sendiri kalu asyik datang dan pergi perasaan tu, tak pernah betul-betul terkubur. Iman pun ada pasang, ada surutnya. Inikan pula perasaan...


...

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan