Nuffnangx

Thursday, 16 February 2012

Sayang Disayang

Salam dari kejauhan. Ye lah, dah takde depan mata, kira jauh la jugak, tak gitu kawan-kawan? Aku sebenarnya dah penat sangat masa mula-mula tulis entry ni dua-tiga hari lepas, tapi awal bebenor nak tidur. Bukan apa, takut nanti pukul 4 pagi aku terkebil-kebil bangun. Kan dah susah nak tidur semula? Nak ajak saper la borak pagi-pagi buta, kan? Takkan la aku nak kacau orang-orang yang kerja shift malam kat KL ni pulak, kan? Tetiba tepon 999. tak pon, 994. Haaa... Tak pasal-pasal kena charge buat panggilan palsu! Kan? 

 Korang tau, anak aku baru-baru ni kan, 5 hari dia terlantar tak bermaya kat hospital. "Pakej Ibu-Anak" selama 5 hari 4 malam yang amat mencabar bagi aku. Nasib baik la aku dah selesai benda2 urgent yang perlukan kehadiran aku kat ofis masa dia terlantar sakit. Malam mula-mula tu mak aku insist nak teman sekali, jadi kami semua terpaksa bagi chance dia 'merasa' bermalam kat wad kanak-kanak tu, walaupun kami bimbang sangat dia tak tahan sejuk, tak cukup tidur dan akhirnya jatuh sakit. Mak tak lena gak nak tidur kat rumah, duk ingat kat anak dgn cucu aje, gitu la alasan yang mak bagi. Aku yang kepenatan, memang layan rasa kantuk dan akhirnya, mak yang banyak berjaga. Sayangnya mak kat aku! Complacent, tu yang bleh tidur.. Tau mak ada duk standby. Bukan tak sedar pon kejap-kejap nurse masuk, check suhu badan. Kejap-kejap masuk bagi antibiotik. 

 Esoknya, mak dah tak berapa sihat. Pakai baju sejuk, selimut rapat-rapat masa aku naik bawak nugget dari MacDonald Ampang Point, yang anak aku pesan. Jadi, dia dgn sukarela dan sucihatinya buat keputusan sendiri nak balik rumah. At least dia puas hati, tak pe la.. Malam ke-2 tu aku tinggal dgn Junior berdua aje, lepas semua org balik rumah. Sepicing pon aku tak tidur, kot-kot dia merengek sakit perut aku tak dengar. Masa dia meraung, meronta-ronta, aku siap doa mintak Tuhan tukarkan la nyawa dia dengan aku, kot sampai ajal dia. Takpon, bagi aku je la rasa sakit dia tu. Masa aku cerita kat mak, mak cakap, macam tu la yang dia rasa masa aku sakit dulu. Sedetik hatiku berbisik: Sekarang baru aku paham. Padan muka aku. Kan? 

 Sepanjang Junior kat wad, adik2 aku semua datang. Hari-hari lagi, especially Tia dan Pak Teh. Pak Ngah datang gak selang sehari, walaupun jauh dari Batang Kali. Pak Su pon beriya balik dari UIA, nak jenguk Junior. Auntie dgn Uncle Ngah (adik-adik ipar aku) pun tiap-tiap hari datang. Jauh-jauh malam baru balik. Suami aku terkejar-kejar jadinya. Habis kerja, terus datang jenguk Junior. Tengahari sambung kerja, petang datang lagi. Dah jauh-jauh malam baru balik, sekali dengan mak dan adik-adik ipar aku. Dua malam terakhir baru la Junior merasa ditemani Mummy & Daddy, nampak tenang dia. Rasa kelakar, selama ni kalau pegi bercuti mana-mana, Junior dapat extra-bed. Kali ni, Mummy & Daddy yg kena share extra-bed sebelah Junior. Agaknya dah tua-tua besok, Junior sudi tak nak teman kami kat wad? Hurmmm... 

 Sampai sudah doktor tak pasti sakit Junior. Main possibilities aje pakar tu. Mula-mula 'Possibly Food Poisoning'. Lepas tu 'Possibly Waste Blockage'. Masuk hari ke-3, 'Possibly Thypoid Fever'. Aku makin tak lalu makan jadinya, korang. Maunya tak, tu jenis demam yang bawak maut. Tapi akhir sekali, masa dah bleh keluar wad, diagnos terakhir doktor pakar tulis kat laporan tu lain la pulak. Tak kisah la, korang.. Janji dia dah makin sihat hari ke hari. Alhamdulillah... 

 Monyok aje Junior sepanjang duk hospital. Bosan, of kos. Masa weekends kwn2 dia dtg, baru la nampak happy. Lagipun senang dia nak bergerak, dripping tube nurse dah tanggalkan. Apa2 pon, bila dia jatuh sakit, kami makin rapat. Makin la manja, kan? Tapi memang obvious la, bak kata omputih, He's The Reason. Penyebab untuk aku teruskan hidup. Dengan penuh berkakilebar dan berkaliber. *Wink.





No comments:

Post a Comment