Cokelat Cinta

Salam. Ogos tahun lepas Junior bagi aku sekotak coklat Berry's. Elok je berbungkus dalam kotak plastik transparent bentuk hati. Dihiasi reben merah dengan lambang hati. Berbunga-bunga la hati Mummy, kan?

Sejak tu tak pernah aku bukak pun kotak tu, apatah lagi makan cokelatnya.
Kalau boleh, siap nak frame aje sampai bila-bila.
Saje je aku letak kat meja solek sekali dengan barang-barang wajib pandang.
Sebab setiapkali aku tengok coklat tu, hati aku lembab je...
Tapi budak tu tak jemu-jemu tanya soklan-soklan macam ni:

~ Mummy tak nak makan ke coklat ni?
~ Kenapa Mummy tak makan pun coklat tu?
~ Eh, Mummy tak bukak lagi coklat ni?
~ Mummy tak suka ke coklat tu?

Tak kisah la berapa kali pun aku bgtau aku sayang nak makan, 
dia tetap tanya soklan-soklan yang sewaktu dengannya.
Kalau dia nak, aku tak kisah pun bukak dan bagi dia makan. 
Dia insist tak mau, sebab katanya dia dah kasi hadiah kat Mummy.
So, aku biarkan la aje, kan?

Dua hari lepas dia pegang kotak coklat tu dan ulang soklan yang sama.
Aku pandang mata dia dalam-dalam.
Ok la, nanti Mummy makan ya, sayang?
Ok! Sambut budak bertuah tu, tersenyum lebar.
Hati aku lembab macam Chocolate Moist.

So, hari ni aku bawak la Coklat Hati yang comel tu kat ofis.
Dekat LAPAN (8) BULAN baru aku bukak balutan Berry's Eternal Love tu!
Hurmm... syedap sangat rasanya. Kena pulak kombinasi dengan teh English Breakfast yang aku buat masa sambung baca buku peberet ku.
Actually pembalut lambang hati yang Junior hiaskan kotak coklat tu dari dulu aku dah bukak.
Buat penanda buku, sebab aku nak selalu pandang depan mata.
Romantik sangat Junior bagi aku. Aku hargai sikap dia.




Balik ofis tadi aku tak sempat nak bagitau dia pasal coklat tu.
Nanti la aku tunjuk gambar yang aku ambik tu kat dia.
Mesti dia happy, kan?

Simple je budak-budak... tapi ikhlas.
Aku ni jiwang terlebih, makan coklat tu pun bleh bergenang air mata.
Aku sayang gila coklat tu.
Sayang gila budak tu.
That's why aku tak mau bukak dan makan coklat tu.
Since dia beriya bagi dan rasa tak dihargai sebab aku tak makan coklat tu,
maka aku kena la terima kenyataan.
Dengan hati yang berani dan penuh kasih-sayang.

I love you too, son...




Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan