Nuffnangx

Thursday, 26 February 2015

Too Sexy For Trolley

Assalamu'alaikum. Lama tak borak-borak dalam blog ni, terasa pilu hati ini dihiris rindu. Ehem3x #awakkatmana? Gila tu memang gila, pukul 2 pagi tak tidur lagi tapi itu la dia, penangan tidur petang dan 1 mug cappuccino campur 1 sudu besar tamar cocoa lepas bangun. 

Aku demam syema2 dan tak kuasa menampung ketirisan hidung, malas dan penat nak gi jumpa doktor. Tengok dalam fridge satu-satunya ubat yang ada cuma sirap batuk/selesema Junior yang bertarikh 24/11/2014. Hurmm.. Boleh je la, kan? 

Lepas tu aku naik basikal statik pujaan kalbuku sambil buat pindaan keja yang budak aku email Maghrib semalam. Cukup 68:13 minit aku pon berhenti mengayuh dan dah selesai email pindaan tu untuk budak aku print kat ofis. Yang buat aku happy bila dapat tau proses pemfailan dokumen dah beres sebelum pukul 4 petang. Berbaloi penat lelah... Alhamdulillah.

Siapa kata aku tak keja pagi-pagi naik beskal main ipad? Keja la weh.. Kalu duk lepak minum latte kat Dome KLCC pon aku kena keja jugak betulkan macam2 dokumen untuk budak aku print secepat mungkin. Tak caya gi tanya Elly, aritu dia jumpa aku kat Dome. Hurmm...

Meh tengok gambar sket, meh. 


Ni hari Selasa, lepas meeting yang sangat serius dan pecah tulang rusuk bagai, aku tunggu kawan kat kerusi Costumer Service Aeon sebab boleh layan blues sambil menyandar besar-besaran kat kerusi empuk. Balik petang tu hujan rintik-rintik mengelus hidung, itu yang syema-syema tu..!


Ni pulak hari Isnin, hujan jugak petang tu tapi aku lepak je kat kerusi Starbucks tunggu adik ipar datang angkut barang-barang dalam troli. Lepas meeting kul 4pm, aku gi restock groceries tapi tetiba rasa lemau satu badan nak tolak troli ke parking lot.. Nak mengangkat segala isi troli secara solo apatah lagi, memang carik maut la jawabnya. Maka terpaksa la gunakan talian hayat mana yang ada.


Troli ni pada aku macam mencabar kewibawaan aku menyusun barang pulak, kureng betul. Muatan panjang, awas! Aku kena duduk kat tepi takut adik ipar aku tak nampak sebab ironing board tu terlampau tinggi dan boleh hadang pandangan.


Itulah aku. Yang selalu disalah ertikan. Tapi apadehal? Hidup mesti terus berjuang. Demi orang-orang tercinta dan mencintai aku apa adanya.

Jaga diri, hiasi peribadi. Jangan main hujan, okay? Bye..!

~ Nai at Tak Pe Je.





4 comments:

  1. salam nai.. apa khabar.. banyak belanja tu sampai kena pakai assistant ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kakak.. Sihat Alhamdulillah. Akak ok? Terjumpa aritu kat Empire Mall pon tak sempat nak amik gambar kan? Belanja biasa la kakak.. Byk tanggungan.. Hehhe

      Delete
  2. skrg tgh panas bedenting tido mlm pon mcm mandi peluh lgi la skrg ni kna jga kesihatan kan..senang sgt nk kna demam n selsema..

    ReplyDelete