Permata Pemotong Permata

Assalamu’alaikum. Hari ni aku seawal jam 9am dah memulakan servis sebagai Pesuruhjaya Sumpah, belum sempat menjenguk pantry untuk secangkir kopi. Itupun jenuh mintak maaf, sebab baru separuh jalan selesai pakai tudung. Nasib baik yang datang tu perempuan, kalau lelaki memang kena tunggu kat luar kejap nak kasi sempurna pinkan tudung. Kiranya customer tadi memang rezeki dia, aku belum gerak ke Bank Pembangunan untuk satu appointment.



Takde lama sangat jumpa orang, traffic pun masih stabil dan sebelum jam 11.30am aku dah ada kat ofis semula. Keadaan tenang sepanjang hari, walaupun darah dah naik pagi2 disebabkan seorang peguam muda yang buat kelakar hantar SNP tanpa tandatangan pembeli mahupun peguam. Mintak penjual tandatangan, arahkan aku buat Borang Pindahmilik segala, dan yang paling best, tak bagi cek deposit 10% daripada harga beli. Memang bengang tahap maximum la aku jawabnya! 

Masa2 gini, bila penjual dah tak kuasa nak melayan pembeli, agent la yang akan panas bontot. Dan yang paling kena kejar oleh semua pihak adalah peguam penjual, ko rasa? Kebetulannya aku dah takde kerja urgent yang memerlukan konsentrasi optimum, boleh la aku uruskan kiri kanan apa yang patut dan perlu.

Yang membezakan banyak perkara, tetap harga sebuah kesabaran. Jadi, aku memilih untuk tingkatkan lagi tahap kesabaran sepanjang hari ni, dengan keluar kejap ambik cincin permata yang aku tempah di Wangsa Maju. Balik ofis, sambung lagi kerja sampai masuk waktu asar. Kemudian, pelan2 turun menghala ke Gombak dengan kenderaan membelah hujan sepanjang jalan. Sejuk gila pakai baju kurung memandu dalam hujan, entah berapa kali matikan aircond sebelum pasang semula bila wap panas mengaburkan skrin depan. 

Pukul 6pm baru anak bertuah masuk kereta, lepas latihan karate dia solat asar dulu. Jalan sesak toksah cerita la, kan. Dengan clients duk non-stop wassap dan email segala bagai, terpaksa aku ketepikan semuanya demi keselamatan jiwa dan kesejahteraan bersama. Sampai rumah baru aku balas ikut level keutamaan, selebihnya tunggu esok la. 

Ingat senang nak senang? Masa senang ramai la yang sayang dan prihatin kan, masa susah sendiri mau ingat ler... jadi, kita perlu sentiasa menjadi permata yang mampu menyinari hidup orang lain tanpa membakar diri sendiri. Begitu...

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Nasi Briyani Ayam, Ewant Pressure Cooker

Hari Selasa Yang Melelahkan