Saigon, Kami Datang!

Assalamu’alaikum. Lama betul kami bertiga tak keluar dari negara, mereput je kat rumah walaupun musim cuti sekolah. Hasil berdikit2 menabung dan lega sket daripada bebanan yang mencengkam, berlepaslah kami secara berjemaah ke Ho Chi Minh City. Agenda utamanya tak lain dan tak bukan, shopping raya untuk bonda, diri sendiri dan adik-beradik. Walaupun tak la komprehensif setara mana sebenarnya, tapi boleh la takat sediakan tudung raya dan telekung baru untuk bonda. Maklumlah baju raya dia tahun ni sampai 5, 6 pasang. Junior pun ikut, sebab senang nak pilih sneakers dia nanti. Lama sangat tak masuk MAS lounge, macam tak boleh angkat muka dia tunduk makan sebelum boarding. Baguslah.. dulu selalu sangat keluar masuk kawasan tu, dia tak reti nak hargai nikmat. Sekarang dah besar kan, lagi ketara dia boleh bandingkan keadaan dan belajar mensyukuri nikmat.



Flight kami dah petang, sampai di bumi Saigon dalam pukul 4.30pm. Letak barang kat bilik di kawasan Malay Street, kami menapak ke Pasar Bhen Than, tempah blazer sekolah anak, suit kerja ayah dan emaknya sekali. Balik bilik mandi-manda dan solat, kami turun ke pasar malamnya pulak. Terus Junior tapau sepasang kasut Nike warna hijau, design sebiji macam yang dia pow mummy kat Melaka tahun sudah. Balik bilik malam tu aku tak boleh tidur, pergh seksa weh... selesema dan sejuk nak mampus!


Esoknya pagi2 lagi lepas Subuh kami turun breakfast alas perut, bawak biskut sikit untuk makan atas van, menuju ke Cu Chi Tunnel, yang menempatkan Muzium Perang (Vietnam-Amerika) yang mengambil masa 1 jam 40 minit dari District 1. Aku seriously tak sihat, dengan tak tidurnya semalaman, panas terik cuaca memang tak membantu langsung. Tapi aku tak nak rosakkan momen dan mood orang lain, jadi aku redahi dan gagahi juga dengan senyuman. Anak aku memang enjoy habis la, dah spesis suka sejarah dan senjata perang, apa nak dikata? Cu Chi Tunnels ni sangat menginsafkan sesiapa saja yang pergi, dan aku serta-merta jadi respek lain macam kat masyarakat Vietnam yang berjuang habis-habisan menentang Amerika. Emosional pulak jadinya! Masa terkedek2 macam itik berjalan separuh membongkok dalam laluan bawah tanah, aku jadi bungkam dan terharu dengan semangat juang dan survival kaum Cu Chi. Tetiba aku terfikir, macamana depa membiak dan membesarkan baby? Ehh.



Dalam van menuju District 1, sempat aku lelap dan recharge tenaga. Makan tengahari pun sangatlah sedap kat Restoran D’Serai, bayar guna Ringgit je, mudahnya hidup! Aku memang sesuai makan kat situ, sejak dulu kala lagi. Agak mahal harganya berbanding restoran halal yang lain, tapi portion nya besar, sesuai kalau korang datang berempat ataupun berdua, makan macam saiz 4 orang. Tahan bayar je ler, kan?


Pergi kali ni, terkena musim hujan. Panas kering ting2 sebelah pagi, petang je hujan membasahi bumi. Aku memang dah sediakan payung dari KL, tapi dah lebat bebenor, kena jugak tunggu di kaki lima sebelum meneruskan perjalanan dengan berpayung segala.



Hari kedua kami ke Hard Rock Cafe, bawak anak yang baru pertama kali menjejakkan kaki di bumi Saigon. Aku sihat dah, Malam tu dah lena tidur, bangun pagi segar bugar laksana mentari nan menyinari mayapada. Lepak kejap minum kopi lepas tu kat Starbucks sebelah HRC, baru nampak golongan profesional yang berkot bagai di sana sini. Memang langit dengan bumi beza keadaannya berbanding District 1. Jauh yang amat sangat, dah macam Danok dengan Bukit Bintang, senang cerita.


Hari terakhir, aku turun sorang2 pergi bungkus breakfast kat Restoran Halal Amin, bawak makan kat bilik. Nak tunggu Mamat dua orang tu bangun, gastrik nanti mem besar ni ha! Jangan buat main weh kalu spesis gastrik, makan kena ikut waktu. Aku bayar guna Dong, maklum ler sayang Ringgit, bleh buat beli benda lain untuk shopping hari terakhir. Ikutkan memang banyak yang belum dibeli, tapi dah namanya bajet ciput, bawak2 ler sedor diri dan insof kenn..!


Sebelum balik, singgah kejap kat kedai kawan kami dalam Pasar Bhen Than: Sinh dan Ha dah jadi kamceng betul dengan kami. Walaupun dah dekat 4 tahun tak berjumpa mata, kami tak pernah putus hubungan, wassap menjadi medium komunikasi yang sangat berkesan. Kawan2 kami pun dah jadi mutual friends depa, networking makin berkembang gitu..!


Korang percaya tak kalau aku bagitau yang aku sorang je tak beli baju kat sana? Aku memang sengaja tak nak beli, jadi aku dah plan awal2 baju mana nak pakai dan tudung mana nak dijodohkan. Ada yang aku recycle pakai sebelah malam, tukar tudung je. Ada jugak yang aku basuh, jemur, keringkan dengan hair dryer dan seterika untuk aku pakai sebelah malamnya pulak, masa jalan-jalan kat pasar malam. Pergi Saigon, yang paling penting kena cukup bawak adalah seluar kecik dan anak baju. Sana panas, jenuh bau asyam kalau tak tukar pakaian dalam. Nak beli memang berlambak, tapi bahaya weh pakai menda2 tu tak dicuci dulu! Dobi pun ada bersepah, tengok bajet korang ler, kan? Macam aku, memang bawak seterika dari rumah, senang hidup nanti. Hair dryer takpe, memang dah sedia ada kat hotel. Satu lagi tip, bawak baju sleeveless ataupun pagoda ataupun apa2 je la yang patut kalau bercadang nak beli blouse kat Saigon.. sebab kainnya jarang nanti tak logik nak pakai tudung tapi nampak tali bra dan badan korang.



Dan kalau nak berstokin mahupun berstongan, sila bawak yang paling sejuk fabriknya.. azab yang amat nanti berperang dengan panas terik kering segala. Aku tak mampu, berapa saat je tahan. Hala balik bolehlah, dah kita duk dalam kawasan ada aircond.



Tudung tak payah bawak banyak pun sebenarnya, sana syurga tudung jadi-jadian Ariani dan Naelofar. Aku beli jugak, tapi tak terus pakai, sebab memang dah cukup bekalan tudung yang nak dipakai. Lagipun, semua tu aku beli nak pakai raya. Bukan boleh aci sangat, tak semestinya aku tak pergi rembat Ariani ori sehelai dua sebelum raya, dah kenal sangat dengan diri sendiri! 

Apa2 pun, semoga aku dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur untuk kembali ke Saigon, syurga membeli dan membelah. Mak dan bibik pun teringin nak ikut, aku kata insya Allah.. sampai masanya, aku bawak. Itu yang kena kerja lagi kuat lepas ni, kan? 


~ Nai at Tak Pe Je.



Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan