Early Birds Catch The Worms ~ Iftar Jama’ie

Assalamu’alaikum. Awal2 Ramadan banyak tempat yang buat promosi separuh harga buffet, termasuklah Kafe Chendana, Dewan Bahasa & Pustaka. Dengan pilihan 200 aneka juadah dan 20 gerai dengan harga RM30 seorang, tahun ni kami beramai-ramai memeriahkan majlis iftar di situ. Kalau pergi ke hotel-hotel glamour takkan dapat sebanyak itu juadah, apatah lagi semurah RM30 satu kepala! 



Alang-alang dapat murah, cik abang syorkan ajak seisi keluarga yang ada di Lembah Kelang.. maka berusaha la Ida meredah jam dari Cyberjaya, Apih & Yana dari Ampang, Mi & Nurul dari Rawang dan Nazri dari Damansara. Berkumpul semuanya di Dewan Bahasa & Pustaka, masing2 menikmati segala apa yang berkenan di hati.



Aku ni bukan pemakan sangat, jadi rugi sebenarnya pergi makan tempat2 buffet. Tinggal lagi, aku meraikan famili dan staff, jadi yang penting bukanlah diri ini, kan? Seronok tengok semua orang rambang mata dan tersenyum kegembiraan.Takde apa yang lebih menggembirakan selain daripada menyaksikan kegembiraan mereka, sungguh!



Dan untuk pertama kalinya, kami menerima tandahati daripada staff... speechless! Tak pernah kami meminta apa2 selama ni daripada mereka, tapi apabila mereka memberi tanpa diminta, hanya Tuhan yang tahu apa isi hati ini. Mungkin aku sudah terlampau biasa memberi dan menyediakan tanpa mengharap apa2 balasan, simple gesture sebegini sudah teramat sangat meninggalkan kesan di lubuk hati yang paling dalam.



Semoga hari2 yang bakal ditempuhi akan makin manis untuk dikenang. Ameen...

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Nasi Briyani Ayam, Ewant Pressure Cooker

Harga Baru Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah