Gaya Santai Hari Jumaat, Kujahit Luka Sendiri

Assalamu'alaikum. Jumaat biasanya orang pilih gaya santai untuk ke ofis, korang macamana? Aku pulak tak tentu, ada masa beriya pakai abaya, kadang-kadang jubah seluar, tak pun baju kurung warna lembut dan kalau boleh, kena polos. Blouse dengan jeans ada jugak, tapi itu tak tunggu Jumaat kalau nak pakai, hari-hari yang takde acara rasmi pun boleh. Cuma santai style gitu akan buat aku nampak macam budak tengah ambik degree, jenuh pulak nanti.


Jumaat lepas aku pakai skirt kembang yang aku jahit sendiri, rembat kain pelikat arwah ayah yang selama ni aku buat solat, padankan dengan telekung putih. Masa nak potong kain, aku siap sebut, "Dengan izin, ayah.." sampai tergelak cik abang tengok. 

Dulu masa muda remaja, aku ada sekali dua mintak kain pelikat ayah nak tempah buat kain, tak pernah dia menolak walaupun aku tau susah dia nak bagi. Dah aku mintak, kan.. Satu hari, aku mintak kain songket Terengganu yang dia tenun sendiri sebab cantik yang amat, zamrud berbenang emas. Ayah tak bagi, aku diam. Tahun depan, aku mintak lagi. Ayah geleng, aku tak mintak dah. Selang beberapa tahun, aku try mintak lagi, eh.. Dapat la pulok! Hurmm... Rindunya ayah! 


Anyways, kain pelikat ni dah jadi skirt kembang hasil kerastangan anak ayah, macam songket zamrud berbenang emas dulu. Pakai dengan t-shirt dan cardigan, dah boleh bergaya santai ke ofis. Nak tukar gaya gadis Melayu terakhir, padankan aje dengan baju kurung polos. Yang penting, sopan dan tak mengganggu gugat ketenteraman awam. 



Ada gambar ni haa..Nostalgia Songket Zamrud. Dulu masa baru-baru nikah, aku banyak baju modern potongan sendat padat dipadankan dengan kain kembang potongan 'A' line. Belum beranak la katakan, takde lebihan lemak yang melampau. Lagipun zaman sendat padat dah berlalu, been there done that. Sekarang bawak-bawak ler sedor diri, kenn? 

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan