Projek Menjahit: DIY Palazzo Batik

Assalamu'alaikum. Semalam aku pakai pergi kerja palazzo yang aku jahit dua minggu lepas, menggunakan kain batik. Ikutkan mak, tak lepas nak bawak keluar sebab 'macam la takde seluar lain, malu kat orang je!' Tapi apa ada hal, dah aku minat, mata aku nampak okay je... Mat Salleh siap pakai pergi KLCC tau! Cantik apa, motif batik ni kan penuh seni?


Asalnya pinggang palazzo ni aku nak masukkan getah, tapi weekend baru-baru ni aku terasa nak tukar sket. Hasilnya, jadi la macam dalam gambar kat bawah ni, satu penambahan yang bolehlah dibanggakan seorang amatur trang tang tang.


Selesa sangat-sangat pakai palazzo batik ni, maklumlah kain batik yang digunakan tu dah lama berkhidmat untuk tuannya... Sejuk lain macam dah, lembut mendakap kulit. Itulah kelebihan kain batik, makin lama makin best dipakai. 

Sebenarnya aku nak buat palazzo dengan kain batik mahal yang orang padankan dengan kebaya lace, tapi kena la mulakan dengan apa yang ada dalam simpanan dulu. Bila dah menjadi, boleh la maju ke peringkat seterusnya. Menjahit ni proses pembelajaran seumur hidup, takkan pernah sempurna. Yang penting, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Hendak seribu daya, tak hendak satu alasan pun dah cukup. Mana satu kita, tentukan sendiri...

~ Nai at Tak Pe Je.


Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Harga Baru Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah

Nasi Briyani Ayam, Ewant Pressure Cooker