Nuffnangx

Monday, 12 September 2011

Pasca Lebaran


As salam. 
Dah abis raya ke korang? Raya kan sebulan. 
Especially bagi warga kota Metrofulus Kuala Lumpur.
Open House merata-rata.
Sampai jam la KL nih tak kira Sabtu, tak kira Ahad.
Naik buhsan aku..

Kalau tak buat open house, susah orang nak datang beraya.
Tak macam kat kampung, tak payah tunggu buat open house pun orang datang je.
Budak-budak pun tak segan nak ketuk pintu rumah.
Tapi kalau kat KL nih, mak bapak marah nak simply beraya rumah jiran.
Kecuali la dapat jemputan.

Aku sampai terkujat monkey la satu hari tu.
Member anak aku datang beraya, mak dia sound baik punya suruh balik.
Huk oloh...
Tapi esoknya dia jemput anak aku datang rumah. 
Ada birthday party kakak kawan Junior tu.
Siap bagi duit raya lagi, sama jumlah yang aku kasi kat anak dia semalamnya.
Well, at least dia tau aku tak kisah anak dia lepak beraya rumah aku.
Tak macam orang lain yang dia kenal.
Aku kan orang kampung je...

Anyways, aku lepas seminggu cuti raya ni bukan main kemaruk lagi kat KUIH RAYA.
Mungkin sebab duk control tak mau kena batuk macam tahun2 lepas,
aku tak sentuh sangat kuih raya sepanjang cuti.
Maka selamat la tekak aku daripada debu2 tepung gandum dan marjerin.
Tapi bila balik je KL, dah tak bleh nak kawal craving itu.
Lalu, jenuh la aku penuhkan balang dengan kuih-muih peberet aku.
Tart nenas la terutamanya.
Dan tahun ni, ada kawan baru dalam balang, menemani Almond London dan tart nenas gulung. Namanya Kuih Sampan. Makbapak budak chambering aku yang buat.
Sedapnya la weh... jakun sungguh aku baru tau.


Balang-Balang Kuih Pujaanku

Tahun ni tak tau la sempat ke tak aku buat open house.
Maklum la, tangan kanan aku kat ofis tu cuti bersalin.
Tak menang tangan aku, beb..

Apa-apa pun, aku tetap dengan kuih-muih rayaku.
Siap beli tepung + marjerin, mintak mak buatkan kuih siput.
Satu balang tu aku duk ngadap sorang2 je, tak kisah la migrain ke tak kepala.
Yang penting, kuih siput aku mampu kunyah.

Sejak raya ke-4 baru ni aku sakit kepala, seksa betul.
Nasib baik la hari ni akhirnya sembuh. 
Maka boleh la aku start puasa enam, Alhamdulillah.
Mudah2an diizinkan straight sampai Sabtu ni, whole in one hopefully.

Meantime, enjoy your kuih raya, Tak Pe Je!





No comments:

Post a Comment