Nuffnangx

Monday, 26 September 2011

Yang Tak Punya Apa

As salam.
Korang tau, ada sesetengah lagu bila dengar boleh meruntun jiwa.
Menyentap-nyentap tangkai hati.
Tapi lagu-lagu macam tu tak selalu hadir.
Sekurang-kurangnya itu la yang aku rasa.
Sekali dah terjatuh cinta, jadi la evergreen.

Dah lama tak ada lagu yang mampu buatkan aku rasa macam tu.
Sehingga la baru-baru ni.
Dalam kereta dengan adik ipar, aku sempat dengar kejap je.
Nak tunggu sampai lagu tu habis, duk tengah dihambat waktu.
Terngiang-ngiang je kat telinga.
Selang seminggu dua lepas tu ada peluang lagi dengar.
Kejap jugak, tajuk pun tak sempat tahu.

Malam tadi lama aku termenung kat you.tube.
Nak carik tajuk lagu, langsung takde clue.
Nak beriya mengetuk jendela Google pun takde maknanya.
Masa dinner tadi aku hampir aje melompat bila terdengar lagu tu kat TV9.
Jadi lagu tema untuk slot drama 'Keimanan Cinta'.
Kebetulan bonda duk layan cerita tu.
Sampai sanggup bawak pinggan depan TV bondaku.

Berdesup aku naik carik lagu tu.
Dan cepat-cepat letakkan laptop kat riba, buat entry ni.
Tabik spring aku kat Afgan, komposer dan penulis lirik lagu "Pada-Mu Ku Bersujud".




Syahdu sangat rasanya. Tak tahu nak cakap macamana.
May be sebab setahun dua ni banyak betul dugaan yang datang.
Mana lagi tempat yang boleh aku memohon.
Kepada siapa lagi yang patut aku bersujud.
Kerdilnya seorang aku.
Hanya hamba yang tak punya apa.
Selain dari kerinduan terhadap Maghfirah-Nya.

...

Yang punya kuasa itu Dia.





No comments:

Post a Comment