Nuffnangx

Thursday, 7 April 2016

Dunia Hitam Putih

Assalamu'alaikum. Lamanya tak gebang kat blog ni, dah naik sawang aku rasa. Sebelum jadi sarang labah-labah jadian, molek kiranya kita layan gambar insan-insan yang wajib pakai baju hitam putih kat bawah ni. Itu kisah bulan lepas masa aku attend satu konvensyen peguam-peguam syari'e Penang.

Semua ni batch IIUM Law Grads tahun 2000, dah masuk 4 series pun umur masing-masing. Saiz badan pun sudah semestinya berubah. Tapi time bergambar tetap rasa macam undergrad students gitu, boleh? Heheh betapanya tak logik akal! 


Ada yang aku last sekali jumpa masa tahun 2000 la, macam dua lelaki hujung ke hujung tu. Nostalgik sungguh la weh..! Dah jadi macam: "16 tahun Kemudian..." 
Kalau dua perempuan tu aku ada jugak la jumpa selang setahun ke dua tahun, masa masing-masing ada perhimpunan wajib kat Lembah Kelang. Takde la rasa pelik sangat perasaannya. Lagipun facebook kan ada... Tak la 16 tahun langsung takde khabar berita apatah lagi bersua muka macam yang lelaki berdua tu.


Itulah, aku bukan jenis suka kumpul banyak kawan pun dalam media social, mana-mana yang memang ada interaksi dua hala je la, kan? Takat nak memeriahkan laman FB takde kuasanya koi nak melayan! 

Kawan-kawan aku kata baik pass kat dorang je kes kat Penang, tak payah la turun jauh-jauh dari KL. Tapi aku cakap, aku suka pergi Penang sebab nak makan nasi kandar best. Kukuh tak alasan tu? Haish, tapi itulah hakikatnya. Aku suka makanan kat Penang.


Lepas ni kalau majlis macam tu diadakan setiap tahun kat Penang, ada peluang la nak buat annual mini gathering bawak pot luck bagai. Heheh. 

Aku bergegas nak ke airport, tak sempat borak panjang. Nasib baik sempat gak bergambar sekeping dua, ada la jugak kenangan abadi kan? Flight asalnya malam jam 8 tapi aku tukar ke petang, sebab banyak lagi urusan yang nak diselesaikan kat KL. 


Kulit hangus hasil berjemur kat Pulau Perhentian belum elok lagi, harapkan lighting je la nak bagi effect kekuningan sikit. Hehehhe. Tak kuasa nak minum kolagen bagainya.

Maka demikianlah kisah entah apa-apa ni untuk kali ni. Terima kasih sudi baca dan kita jumpa lagi lain kali. Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.




No comments:

Post a Comment