Nuffnangx

Tuesday, 19 April 2016

So, you've got a ball!

Assalamu'alaikum. Hujung bulan lepas mak ikut aku ke Aeon Alpha Angle, Wangsa Maju. Teruja benar dengar aku nak ke sana, lama tak pergi katanya. Sampai sana dia pilih baju dan kasut untuk staff aku yang nak berenti kerja dan beralih arah ke Pulau Redang, tanda terima kasih mamat tu selalu kulu kilir tolong belikan dia supplements dan hantar ambik dia jumpa doktor. Dah macam anak angkat dia la lebih kurang. Mak tu memang manjakan anak lelaki, kalau anak perempuan dia biasakan suruh berdikari. Pelik tapi benar. Eh, tapi yang bayar ahkak ko ni jugak. Hehehe.

Kisahnya, sebab dah petang, maka aku suruhlah budak tu gi ambik Junior dulu kat sekolah dan bawak datang ke situ sekali ambik kami nanti. Alih-alih anak bertuah tu mintak nak beli basket ball kat kedai Adidas. Aku mana boleh hampakan permintaan insan terkasih, maka aku bawak je la dia masuk kedai. Mak nak ikut jugak, laaa.. Rupanya dia nak bayarkan. Sebab tadi dia ingatkan nak belanja staff aku tu, tapi aku dah bayar maka dia guna duit buat beli bantal untuk bilik tetamu kat rumah. 


Junior tak sudah2 ucap terima kasih kat nenek dia. Mahal kot bola merah tu! Aku kata, huntong laaaa orang ada nenek, boleh pow bola! Ngeeee...


Mak seronok dapat menantu dan pindah rumah baru. Alhamdulillah... Ahkak ko ni tumpang seronok sebab bleh membuatkan dia seronok. Apa lagi yang lagi best daripada mampu membahagiakan hati insan-insan tersayang, kan? 


Lama tak posing kat kedai macam tu, dulu selalu je buat aktiviti tak semenggah gitu. Apa de hal kalau org tersengih-sengih pun, kan? Kita tak kacau orang sudah...


Kebetulan pulak aku pakai kasut sports masuk kedai, sesuai sangat la ambik gambo. Lately aku memang kulu-kilir pakai kasut tu, best berjalan jauh takde lenguh-lenguh. 

Tu je la pun nak update blog kali ni. Terima kasih sudi baca.. Jumpa lagi lain kali. Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.


No comments:

Post a Comment