Baju Musim Dingin, Mahal Lawan Murah


Assalamu'alaikum. Kita di negara hujan dan panas sepanjang tahun ni tak payah susah-susah nak ganti baju ikut 4 musim yang bersilih ganti, terutamanya baju untuk musim dingin.  Jadi,  sekali beli tu boleh disimpan dan tetap digunakan apabila tiba masanya ke tempat-tempat yang memerlukan. Untuk memastikan tetap kekal trendy dan sesuai dengan zaman,  ada baiknya kita memilih sesuatu yang takkan lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. 


Apa dia tu agaknya?  Yang paling basic adalah sweater, mafla dan jaket,  senang nampak. Takkan la kita nak penuhkan rumah dengan dua tiga benda tu kalau takat nak pakai selang 5 atau 6 tahun, ye tak?  Tak praktikal,  walaupun mungkin ada sesetengah daripada kita lebih daripada mampu nak buat gitu. 


Masa mula-mula nak pergi jejakkan kaki ke negara sejuk dulu,  terkedu yang amat bila masuk Universal Travellers, sehelai sweater labuh sampai beratus-beratus ringgit harganya, whatttt??? Tapi ternyata benar kata pepatah,  alah membeli menang memakai... Walaupun tahun silih berganti,  sweater kait yang patuh syari'e ni masih lagi utuh dan sedia berkhidmat kepada tuannya. 


Sama jugak mafla,  beli yang elok kualitinya dan warna yang boleh masuk dengan kebanyakan baju. Alah, lagipun takde masalah kalau warnanya lari daripada tona pakaian,  selagi kita sendiri suka tengok,  ye lah bak kata Marie Kondo,  'sparks joy'.  Kalau orang tak suka,  apa ada hal.. Sebab yang nak happy tu kita,  bukan depa. 


Nak beli sweater labuh (knitted + wool)  yang tak oversized ni payah sikit jumpa kat tempat kita,  kecuali di Universal Travellers, itu pun tak selalu keluar edisi yang menambat hati. 3 tahun lepas contohnya,  aku ada beli sehelai sweater labuh warna putih susu kat H&M Dotonbori,  Osaka. Kononnya nak ganti sweater hitam nan satu itu,  takdenya menjadi. Akhirnya aku pakai buat tidur malam bila diserang demam dan tak tahan aircond. Dapat pulak pasangan yang tidur dalam aircond boleh selamba badak je pakai tshirt dengan boxer, awak tu sikit pun dah menggigil. 


Jaket pun samalah ceritanya macam sweater dan jugak mafla,  beli warna selamat, hitamlah kekdahnya. Jaket kulit (tak kisahlah campuran PVC ke real leather,  ikut bajet masing-masing) bagi yang dressing macam aku,  wajib ada dalam koleksi sekurang-kurangnya sehelai. 

Down jacket pulak terpulanglah korang nak cari yang singkat ke labuh, lagi bagus kalau ada sehelai setiap satu. Pandai-pandailah bergaya,  masa pakai sweater labuh,  pakai down jacket singkat. Masa pakai sweater singkat, boleh tutup dengan down jacket labuh. Aku cerita ni dalam konteks yang suka dressing lebih kurang aku je.. Kalau korang suka singkat campur singkat ataupun labuh campur labuh, aku takde nak larang ke apa,  kan? 

Ok,  lagi satu bab membeli sweater,  mafla ataupun jaket bagai, kalau tanya akulah,  lagi bagus beli kat overseas sana bila ada jualan murah.  Biasanya orang kita pergi bercuti hujung tahun, kena pulak masa tu winter,  jadi elok sangatlah beli benda-benda yang kita duk cerita dari tadi.  Sebabnya, lepas convert kepada ringgit, masih jauh lebih murah daripada tempat kita. Tinggal lagi,  kena bijak memilih apa yang sesuai dan akan tentu dipakai berkurun lama. Beli bukan semata-mata sebab tengah murah lepas tu tak pakai pun,  menyemakkan almari je nanti. 

Kat mana nak beli pun kena ikut kesesuaian bajet kita,  bagi yang ada kuasa beli tahap infinity tak menjadi hal kat sini.  Cuma tinggal lagi, sesekali bawak pendekatan alah membeli menang memakai apabila membuat keputusan. Pelaburan jugak sebenarnya tu,  sebab keluar sekali je duit yang terkebil-kebil mata masa membayar,  tapi tak payah beli yang lain dah sampai sedekad. Beli yang murah boleh, tapi jangka hayatnya pendek, sama jugak kena beli banyak kali. Bajet tak cukup,  cicilkan pelan-pelan menabung, cukup haulnya nanti, masuk kedai mahal dan bawak balik sweater ataupun jaket mahal, duduk rumah diam2. 

Kalau rasa berat jugak nak buat macam tu,  kena rajin cari preloved items. Kena gaya, memang dapat yang kualiti ohsem dengan harga yang murah. Kalau jenis pandai pilih barang bundle pun ok, banyak boleh jimat tapi kalau tak pandai,  lagi mahal ada la. Bundle kat overseas lain cerita,  sebab memang tempat 4 musim kan,  berlambak ler koleksi cantik dan elok sangat lagi keadaannya untuk dipilih. 

Itu kalau dah sampai ke overseas, tapi kalau belum pernah sampai dan baru kali pertama nak pergi sana, eloklah pertimbangkan cara menabung tadi dan beli dulu sekurang-kurangnya sehelai sweater yang bagus. Mafla dan down jacket beli kat sana, terutamanya kalau pergi ke negara-negara yang ada Primark ataupun Tesco la paling kurang, sebab orang kita penuh kat sana shopping. Takut aku tengok dorang borong down jacket,  macam tak nak balik. 


Cerita pasal down jacket,  kalau masa awal ataupun hujung-hujung winter,  tak payah kita pakai yang tahan suhu minus segala bagai,  nanti berpeluh sakan pulak. Jadi,  aku rekemen beli je down yang ringan, boleh gulung-gulung masuk dalam uncang yang disediakan sekali masa beli.  Satu tip peribadi,  beli sehelai yang takde lengan dan sehelai lagi yang ada lengan. Sebabnya,  yang paling penting nak tutup adalah bahagian dada untuk mengelakkan demam, batuk dan sebagainya. Lagipun tak la kita sibuk nak zip 24 jam down tu nanti,  kan senang kalau kat tengah ada satu layer nak hangatkan badan. 

Yang ini kat Uniqlo mahal bagi aku,  tapi kualiti fabrik dan jahitannya kemas terletak. Ada aku kasi hadiah sehelai kat cik abang birthday dia 2 tahun lepas. Aku punya beli kat Primark masa pegi baru-baru ni,  murah la jauh harganya tapi kualiti kain dan jahitannya aku pejam mata aje la,  janji boleh tahan sejuk sudah. Kalau waktu-waktu perantaraan macam yang aku sebut tadi,  light weight down jacket dah cukup, janji kena pakai thermal kat dalam. Kita berjalan musim sejuk ni kena banyak lapis, kalau takde thermal yang bagus,  itu yang mau nampak macam robocop bergerak.  Maka,  pandai-pandailah cari hacks pemakaian yang praktikal.

Takat ni dulu buat masa ni,  apa yang terlintas aku kongsikan. Terima kasih sudi baca sampai habis, jumpa lagi nanti,  ya..  Sayang korang! 

~ Nai at Tak Pe Je. 

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan