Cari Percikan Kegembiraan ala Marie Kondo

Assalamu'alaikum. Minggu ni aku diserang rasa malas nak bersiap pergi ofis. Makna kata, datang angin nak kelihatan santai macam keluar rumah hujung minggu. Mula dari Isnin pembuka minggu dua hari lepas,  aku bantai pakai cotton blouse warna biru lembut yang aku beli oversized kat Uniqlo KLCC dua tahun dulu, jodoh dengan jeans biru, jeans yang sama aku pakai hari Jumaat lepas. Hari ni aku pakai blouse yang serupa jugak, tapi warna hitam dijodohkan dengan jeans hitam.  

Bila dah macam tu, mula la rasa takde hijab nak pakai, owh sungguh melampau perasaan gila itu,  confirm sasau!  Hijab penuh satu rumah boleh rasa takde yang nak dipakai? Akhirnya,  aku ambik je tudung bawal yang dibeli kat Pasar Tani Setiawangsa awal tahun lepas, pakai sehelai demi sehelai,  mulai hari Ahad masa hantar junior pergi Hari Sukan kat Stadium UIAM Gombak. 


Bila tengok balik,  aku duk pakai baju dan jeans yang sama hari Ahad dan Isnin, tudung je tukar. Ye la,  dah pakai kejap je gi hantar dan ambik anak lepas tu sangkut kat hanger dendiam,  esok pakai je lagi,  bukan kotor pun,  kan? 


OMG, punya la takde mood, sampai pakai pelembab pun tidak ke hulu ke hilir hari Ahad tu!  Aku sesungguhnya rasa tak selesa,  panas dan mengantuk yang amat, tiga kali jugak la kereta terbabas ke kanan jalan, bahaya kan?  Balik tu aku tidur dua jam,  bangun 6.19 petang baru rasa segar. Julung-julung kalinya aku tidur siang,  memang bukan satu kebiasaan bagi diri ini. Baguslah,  bila lagi nak rehat kalau bukan hujung minggu,  kan? 


Tudung-tudung bawal ni aku ada 4 pasang semuanya, suka sangat corak dan materialnya. Disebabkan aku ambik dari lipatan dan malas nak iron ataupun suruh bibik iron,  maka aku jadikan shawl,  belit dan lilit mana yang patut. Corak dan warna tudung-tudung ni sangat dekat di hatiku,  bak kata Marie Kondo, kita kena pilih pakaian yang boleh 'spark joy' kepada hati dan diri sendiri.  Yang ke-4 warnanya sendu sikit,  beige, takde la boleh memercikkan kegembiraan pada waktu-waktu sendu menunggu period ni. 

Adeh, mood swings takat merubah penampilan takde membahayakan lalu lintas,  jadi takpe, kita layankan aje... 


~ Nai at Tak Pe Je. 

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan