Hidung McD dan Ayah lagu Mawi

Assalamu'alaikum. Hari tu balik Temerloh aku tengah emosional dalam kereta. Jap-jap tu la ada lagu Ayah dalam radio, oh sungguh baik dia punya timing! Apa lagi kan, pecah la segala empangan. Aku ni kalau dah start nangis susah nak berenti, brek semua tak makan. Main lalu je. Laju pulak tu. Hidung dah merah macam McD yang korang pakat boikot tu. Dah la pakai tudung kuning, kan? Untung la korang yang masih ada ayah.. Buat la sehabis baik, korang. Jangan tunggu mampu baru nak kasi hadiah mahal-mahal. Dah mampu esok, belum tentu ayah masih ada. Takpun, buatnya kita yang pegi dulu, lagi putih mata..! 


Kalau pun kita tak kena angin dengan depa, abaikan aje.. Baik buruk pun, itulah je ayah kita. Takde galang gantinya dah. Ayah orang lain baik macamana pun, tetap tak sama dengan ayah sendiri. Kita ni jahat macamana pun depa tetap sayangkan kita walaupun mulut depa penuh dengan kata-kata amarah. Topeng je tu semua. Dalam hati, depa sayang sangat kat kita. Tu la pon sebab depa marah.. Kalau tak sayang, pedulik apa kita nak terlungkup terbongkang terjerumus ke lembah udara Gaban sekalipun! Marah tu la tanda kasih dan sayang seorang ayah. Kalu ayah korang jenis pendiam, silent treatment dia jangan duk layan. Borak je la walaupun macam borak dengan tunggul. Dah jenis rupa itu, nak buat camna kan? Kita duk ikut diam sama apa de hal? Takde maknanya..! 


Dah la, lama-lama lagi karang macam mak nenek pulak aku berleter. Yang penting, aku tetap mampu selfie walaupun dengan hidung macam McD. Ambik mood, bukan apa.. Supaya bila sampai rumah mak, tak ketara sangat bengkak mata aku. Dah la adik-beradik duk tunggu nak bergambar raya tu.. Abis rosak gambar! Alhamdulillah.. Aku ada mak lagi walaupun ayah dah takde. Esok bila mak pulak takde, aku rasa macam tak mampu je nak teruskan hidup. Ya Allah... Kau panjangkan la umur mak aku yang gojes ni.. Baikkan la kesihatannya. Jagalah dia untuk aku walaupun kalau aku yang Kau nak ambik dulu..


Oh, aku tengah sedih masa taip entry ni, so abaikan la aje nada-nada melankolik mana yang korang kesan dan sedari. Jaga diri, hiasi peribadi. Jangan duk hasad dengki dengan orang.. Bawak-bawak la bertaubat dan bersihkan hati.. Kita bukan hidup menongkat langit. Kalau tak boleh nak buat pahala, jangan duk sibuk nak tambah dosa. Neraka Allah tu luas, macam jugak syurga Allah. Kalau orang tak maafkan kita, esok-esok roh kita bumi tak terima, padan muka kita. Udah-udah la tu jadi laknatullah kawan dengan syaitan dan iblis. Udah-udah la, labu..!

~ Nai at Tak Pe Je.



Comments

  1. betul kak sy yg ada parents ni lgi pon rsa tak ckup2 nk bahagiakan depa takut tak sempat tapi Alhamdulillah ada la kita tolong depa tu atas jasa besar kan kita dari lahir kan.....sedih plak dgr lagu tu T___T smga mak akk sihat sejahtera hendaknya...

    ReplyDelete
  2. Nai, bertuah ibu Nai ada anak seperti Nai, betul selagi mereka hidup kita mesti buat yang terbaik untuk mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rindu jugak dgn akak.. Jengah blog akak tapi selalu x komen.. ;)
      Mak ayah kan wali2 keramat..

      Delete
  3. Rindu betul yang penulis yang cantik nih...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Orang Malaya di Osaka : Kansai Trip

Teaser : Jejak Kansai Junior

Jubah Hitam dan Tudung Bawal Satin