Nuffnangx

Sunday, 2 November 2014

Tahniah Pahang Darul Makmur!

Assalamu'alaikum. Setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan bola Negeri Pahang Darul Makmur dan kesemua penyokongnya. Bangga la semua orang Pahang, kan? Habis la Mat Yo kena jadi laughing stock dua tiga hari mulai dari saat dan detik dia gagal sempurnakan tendangan penalti tadi! Bagus jugak, kalau tak aku dah bosan semua asyik masuk gol je tendang tadi. Terima kasih la bebanyak, Mat Yo.. Jasamu kukenang. Terhibur sungguh! 


Tahniah jugak kepada kedua-dua pasukan yang dah bertungkus lumus (termasuk Mat Yo, jangan lupa!) memastikan Final Piala Malaysia 2014 berjaya dihabiskan dengan bergaya. Dan yang paling legend, kesemua penyokong yang datang memeriahkan majlis, termasuk la kaum kerabat koi dari Temerloh sana dan adik ipo koi yang belum lagi sampai ke rumah dari Bukit Jalil. Korang memang superb! Dah selamat pegi Stadium tu bebaik la di jalan raya.. Selamat pulang ke destinasi masing-masing! 


Tu je la pon, bye..! ^_^

~ Nai at Tak Pe Je.

2 comments: