Nuffnangx

Wednesday, 15 April 2015

Sepetang Bersama Bumble Bee Bam Bam Athiyya

Assalamu'alaikum. Entry ni lama gila dah terperap dalam deraf... Baru terperasan malam aritu dan tertangguh lagi sampai beberapa ketika. Been under the weather lately, betul tak tipu cakap masjid punya! So pagi ni sebelum bersilat cekak gayung segala, moleklah aku selesaikan pertarungan yang ni dulu. Here goes.

Nampak betapa happy nya peneman kepada kanak-kanak dalam gambar kat bawah? Begitulah magis nya kuasa Allah, duduk kat sebelah toddler pun boleh jadi teramat happy. Hubungan family ni pon begitulah, tumpang bahagia dan membahagiakan. 


Anak sedaraku nan seorang, Athiyya Hanaani yang bertuah yaamat ni memang kesayangan hati kami semua, lebih-lebih lagi sekarang ni dah dapat kaki terkedek-kedek ke sana ke sini. Tapi masa gambar2 ni semua diambil, dia baru boleh merangkak. Lama tu Mak Long perap cerita ni kasik kaw itu jeruk! 


Ni Mak Long & Nenek. Beza umur 20 tahun, tak aci betul Nenek kawen awal! Hehehe. Precious woman in my life. Love Love Love her! Jenuh pergi Wangsa Walk carik purse yang dia ndak tapi sayang, tak jumpa sampai sudah. Dia nak ajak gi Sogo katanya, 6 tahun lepas beli kat situ purse yang dia suka. Nak lepas ke Sogo tu mak ai... Ntah bila! Jap mak ya..


Dan namanya Hantu Selfie, ada aku kesah nak selfie atas ke dalam eskalator? Gitu, kekdahnya... 


Kami lepak kat fave hangout aku, Pastry Ville. Mak ayah Athiyya kata spaghetti meatball dia sedap... Ntah la, aku tak gemar sangat pasta cenggitu. Aku makan cream puff je, jodoh dengan hot coffee latte. Macam biasa la kan... Melayu tak sedor diri. Hahahha.


Lama dah tak jalan2 membunuh masa dengan depa ni, asyik busy memanjang. Nanti kita pegi lagi, ya korang... Tambahkan korum lagi next time, barulah gemuk secara berjema'ah...! 

Okay korang, aku kena cepat ni. Gitu-gitu je lah entry tak bleh nak detail bebenor.. Jaga diri hiasi peribadi dan sayangilah orang yang tau menghargai kasih-sayang kalian yang melimpah-ruah tu. Kutip, kutip, kutip. Tak baik membazir.
Ok bye. Assalamu'laikum dunia.

~ Nai at Tak Pe Je.





2 comments:

  1. huihh gebu nye athiyya comel! wahhh syokkk nye hangout dgn family kn...tapi tak ckup korum plak nye..

    ReplyDelete