Nuffnangx

Tuesday, 21 April 2015

Nu Sentral Sini Sana Situ

Assalamu'alaikum. Okay, a quick post before kicking off Tuesday morning, looking forward to spending a productive day ahead Insya Allah. Rojak sket entry kali ni, sorry ya kawan-kawan sekalian. Kisah sekitar hari Ahad baru-baru ni, masih segar dari ladang punya dan sebelum diperap dalam peti sejuk, baik aku segerakan siaran tertunda kan? 

Pagi-pagi Ahad tu aku ada bawak orang pergi view rumah sebijik kat Setiawangsa, kekok pulak maklum la first time mainkan peranan sebagai real estate agent gitu ~ Real Estate Agent Separuh Masa (tumpang glam drama Emma Maembong sket, sudilah apa kiranya...). Selama ni takde la pernah sampai carik, uruskan dan bawakkan beriya, cuma tanya-tanyakan networking di kalangan agents. Kali ni lain, memang hands on dari awal sampai sudah. Mudah-mudahan ada la rezeki, Insya Allah. Kadang-kadang peluang yang datang ni boleh jadi berjangkit kekdahnya, dari separuh masa kepada sepenuh masa. Tak caya tengoklah drama Emma yang meletup sekarang ni, takkan la korang tak bleh predict lagi nak hala ke mana ending dia? Heheheh. Hurmm.. 

Amboi.. 2 perenggan dah kata nak quick post! Okay, jom kita ke fasa seterusnya. Takde menda pun, korang.. Aku ajak adik aku lepak minum kopi je pun. Well, at least that was the real plan. Cuma lepas mengopi tu aku terasa nak jalan-jalan tempat baru, so adik aku bawak gi Nu Sentral. Memandangkan kami dari arah yang berbeza dan bawak kereta asing-asing, kena la adjust hantar 1 kereta parking kat rumah. Barulah car pool ke LRT, parking kat situ dan berlenggang itik naik LRT menuju KL Sentral. Lama jugak la aku tak lepak KL Sentral sebenar-benar lepak, sampai tak perasan kewujudan new section ala-ala shopping mall kat Gangnam sinun. Projek yang makan tahun duk buat jalan jam kat Brickfields tu dah siap la Cik Puan Tak Pe Je weh! Where have you have been, hello???


Jalan tak banyak pun, seriously. Singgah lepak kat The Loaf sebelum melilau kat Monki, Victoria Secrets dan mana-mana yang sempat je sebab hari dah petang menghala ke Maghrib kot, mak bukannya bujang dek non oi...! Sorry takde gambar selain drpd yang ni, next time aku pergi dengan misi memburu gambar kat Nu Sentral tu aku share dengan korang, yek? Tapi tak tau bila tau..! Hahaha. Takut aku nak berjanji-janji ni.. Dah tau susah nak ditepati.


Nak review makanan kat The Loaf Nu Sentral pun tak sempat dalam entry ni, nama pun quick one, remember? Tapi sandwich dia memang sedap dan banyak gila nak habiskan. Asyik menghancurkan program diet adik je aku ni, ishhh! Dia happy je, tengok tu.. Jadi, tak yah la rasa bersalah, kan? Hehhe. Bagus jugak, sisterhood rules bak kata orang bijak pandai...


Dah, dah. Nak gi keja pulak. Nah amik melanja selfie satu, dengan tudung belang-belang peach dan kelabu. Jaga diri dan semoga happy selalu. Sampai jumpa, Assalamu'alaikum.

~Nai at Tak Pe Je.


No comments:

Post a Comment