Nuffnangx

Thursday, 16 April 2015

Tentang Kerja, Tuntutan Perut dan Kehendak Naluri

Assalamu'alaikum. Dahsyat dengar tajuk kat atas tu, gegak gempita padahal takde menda pon. Cerita bab makan-makan lepas tension kerja diikuti dengan window shopping a.k.a jalan-jalan carik pasal. Simple je blog ni, makin hari makin senang berbahasa ibunda campur-campur bahasa ayahanda orang lain sikit-sikit. Takpe je, kan? 

Hari Rabu kelmarin Adah dengan aku ada buat kes sama-sama kat KL, dia tolong aku menggalas beban yang dah 3 tahun aku tanggung sendirian. Bukan apa, sesetengah orang lebih suka ambik khidmat peguam syari'e perempuan atas sebab-sebab tersendiri, so aku tak boleh la memandai-mandai heret cik abang aku jadi counsel, kan? Bila dah tak tergalas beban tu, aku mintak jasa baik Adah join sekali naik sampan, sama-sama mendayung mencari penyelesaian. Seriously aku bersyukur ada samar-samar dah cahaya kat hujung jalan yang sangat bersimpang-siur ini. Alhamdulillah.

Sesuai la dengan tahap gaban mengembara ke ruang angkasa nan gelap, maka kami pergi carik makan kat tempat yang mudah nak memenuhi citarasa yang entah apa-apa semenjak dua tiga menjak ni. Pastry Ville lagi, depa dah hafal muka aku dengan Adah. Kali ni kami berdua order spaghetti meatball, menu yang serupa tanpa ada perbezaan langsung. Tapi air tak sama, Adah order iced caffe latte sedangkan aku order hot caffe latte.


Hurmm.. Adakah aku berselera? Tak pun. Kuahnya terlebih generous pulak hari tu, tak sesuai pulak dengan tekak. Meatball nya sedap, nasib baik. Tu pun bukan bleh habis jugak, dah memang portion nya besar. Alasan. Dah memang takde selera, bagi la apa pun haih...!


Cuma itu la kan, caffe latte tetap menjadi pujaan kalbu dinda... Sedap!


Apa kami buat lepas tu? Adah ajak gi Elle Zada dekat-dekat dengan Wangsa Walk tu jugak, bukan jauh pun. Katanya nak window shopping, ingat bleh caya ke bila perempuan kata gitu? Takde maknanya la, weh... At least, not Adah nor TPJ. Open secret already pendek katanya...


Aku beli shawls sebanyak 3 helai. Adah beli sepasang jubah dan sehelai matching shawl. Hurmm.. Apa nak dikata? Kami bahagia...! Ok, meh kita review sket selayang pandang dan sepintas lalu Elle Zada Wangsa Melawati ni. Butiknya sangat kontemporari, luas, selesa dan cantik. Sales Assistants pun sangat friendly, ramah-tamah, mesra alam dan kaya dengan senyuman. Layanan yang tak dibuat-buat dan yang penting, takde la ikut korang macam anak itik pulang petang selagi ada ruang. Aku suka kat depa, sungguh! 

Dan butik ni sangat ohsem untuk Muslimah kat luar sana yang tercari-cari himpunan hijab labuh tapi trendy, shawls yang ala-ala Inggeris tapi tak berbayang leher korang yang jinjang itu sebab dah siap ada alas segala. Nanti bila aku pakai shawls yang aku beli tu, aku upload dan buat entry khas (tertakluk kepada terma dan syarat). Ye la, karang aku janji beriya entah bila nak kotakan tu? Berjanji memang mudah. Apatah lagi nak melanggar janji, teramatlah mudah. Nak menunaikannya tu yang payah.


Selesai review secara ringkas, berbalik semula kepada cerita asal. Lama jugak actually kami tak gi shopping bersama-sama, masing-masing ada tugas dan tanggungjawab sendiri. Tapi kalau dah namanya kawan baik, takpe je tak jumpa hari-hari pun. Takpe je tak selalu duk dekat-dekat pun. Sebab kita akan selalu dekat di hati. Kekdahnya begitu...

Ok la, tak boleh lama-lama berceloteh kat sini. Jaga diri korang bebaik, ya... Sampai jumpa, Assalamu'alaikum.


~ Nai at Tak Pe Je.

6 comments:

  1. kawan baik ke apa
    tak semestinya selalu kena jumpa kan
    dah memasing ada tanggungjawab memasing
    janji kita saling ingat mengingati antara satu sama lain

    ada masa terluang
    bershopping sama2
    memang seronok
    nak2 sesuatu tu tak dirancang
    bila jadi
    kebabom!
    mmg meletup nokkkkkkkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul3x
      Yang penting hati musti ikhlas...
      Dan minat kena tak jauh beza kan?

      Delete
  2. hahha betul tu jgn pecaya la ayt window shopping tu kompom teselit 1,2 barang yg di beli nye hihihi

    ReplyDelete
  3. adessss....menggude sungguh food dan latte itu!

    ReplyDelete