Penat Berdiri Kita Duduk

Assalamu'alaikum. Dalam hidup ni, banyak sangat falsafah pun susah jugak. Kadang-kadang kita tak payah semakkan kepala dan sesakkan dada, yang penting cuba jalani hari-hari yang mendatang dengan hati yang lapang. Terima apa yang kurang dan tak perlu sibuk bandingkan diri dengan diri orang lain. Itu semua perangkap yang kita selalu tak perasan dan mudah terjebak. Sebabnya kita dah terbiasa sangat mengutuk dan membuli diri sendiri sejak pandai berasa iri. 

Okay. Susah nak paham, ya? Macam ni la, contoh yang paling mudah: Kalau kita penat nak berdiri, kita cari tempat duduk. Kalau semua tempat duduk penuh ataupun memang takde tempat pun nak duduk, lantai kan ada? Pernah tak korang turun LRT nak tunggu bas atau teksi atau siapa-siapa datang ambik, tempat menunggu semua penuh? Dah kenapa tak duduk je atas tangga? Macam tu la. 

Malu, ya? Nak malu kenapa? Okay. Mungkin korang tak pernah rasa kesakitan yang macam aku tanggung berbelas-belas tahun lamanya, so korang masih sibuk nak rasa malu kat orang sekeliling. Aku takde peluang nak rasa malu kat orang, sebab aku sakit nak berdiri lama-lama. Apa pilihan yang aku ada? Satu je: Kalau aku penat berdiri, aku duduk.


Tapi Allah Maha Kaya, Maha Mendengar Rintihan dan Air Mata. Jangan pernah berputus asa walau apa jua derita yang kita hadapi. Berbaik sangkalah pada-Nya. Dengan itu, bila kita dah boleh berdiri semula, kita bangun. Duduk lama-lama pun kematu jugak punggung.


Senyumlah dari hati yang paling dalam. Kerana kita tak pernah sendirian. Allah sentiasa bersama kita. Percayalah. 

~ Nai at Tak Pe Je.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan