Sesudah Subuh Sehingga Maghrib Kerja Dan Kerja Lagi

Assalamu'alaikum. Ini satu lagi #letepost ataupun #latergram namanya kalau dalam instagram, kawan-kawan sekalian. Kisah hidup seharian seorang aku yang dihambat waktu selalu. Sempat bergambar pulak, macamana tu? Macam ni cerita dia...

Aku ada mintak tauke Miss Allysya dalam FB dia untuk reserve sehelai maxi skirt yang dia baru naikkan dalam post, tapi lepas tu aku dah ke mana-mana ntah kulu kilir dah terlupa pasal request tersebut. Si Aishah yang baik hati ni whatsapp la aku tanya, ndak ke tak ndak? Hehehh of kos la ndak, kenn? Bayar segala, dia poskan la. Masa sampai tu aku baru balik dari mana ntah, banyak sangat tercampak dari satu daerah ke satu daerah. Seminggu jugak la tak sempat nak pecah tanah potong ribbon merasmikan skirt yang gojes itu. Satu hari tu tgk ada notification kat FB pasal birthday si Aishah, aku pun wish la kan sepatah dua kata. Eh, dia balas dan pesan jangan lupa share OOTD pakai skirt tu pulak. Aku mana bleh macam tu, korang... Aku tak suka menghampakan permintaan kawan. Hahahha. Cuma 1 je masalah aku: siapa nak snap kan OOTD secara rawak? Selfie boleh ler kalau setiap ketika, paham kan? 


Ok. Muka penat tak cukup rehat pon jadi la, aku selfie dan bagi kat Aishah sambil janji nanti la eh belum sempat nak snap OOTD. Balik rumah tu aku mintak la bibik ambikkan gambar penuh, tu pon kena carik prop yang boleh dijadikan penyandar. Aku penat sangat sebenarnya, korang. Kalau boleh nak panjat beskal tu tidur je kat situ bergayut macam kelawar. 


Malangnya ada lagi keja lepas Maghrib, gagahkan la jugak pergi demi mencari rezeki segantang dua untuk keluarga besar kami. Tima kasih sangat kat Mr. Aizemm (panggilan manja orang Vietnam) sudi drive ke Dataran Wangsa sebab tau aku bukan reti jalan dan rabun itik sebelah malam. Kisahnya, client lambat sket dan aku malas nak melangut dalam restoren, maka aku masuk jenguk butik kat sebelahnya. Belek-belek jubah, tengok ada label "Suci By Yatt Hamzah". Laaa.... Yatt Hamzah pelakon tu rupanya. Jap-jap itu aku terdengar suara manja yang sangat familiar kat kaunter, tengah telefon supplier kain. Memang macam tengah tengok drama la sangat masa tu, korang! 

Yatt Hamzah ni punya la bagus, dia gi layan personally customers yang baru datang, yang belum ada staff lain attend. Dek kerana suara dia yang lemak berkrim dan pantulannya pun bagus, aku memang dengar la sebijik-sebijik apa yang dia promosikan. Katanya, ada koleksi Hari Raya sebenarnya, guna nama wanita-wanita Islam yang tersohor. Sekali dia sebut nama aku. Eh, saya nama Nailah, aku angkat tangan, boleh? Hahahha. Nampak sangat eavesdropping lahai ko minah! Tanjat tak korang? Ampunkan aku...! Dah, berdesup si Yatt datang kat aku bawak jubah tu kasi aku pakai atas baju yang sedia ada, carikkan dan belitkan matching instant shawl atas shawl yang sedia ada. Hasilnya: bungkus ketupat oversized la kenn? Aku redho.airways je korang. Retis kot, gila nak marah? Mak aku minat dia, weh...! Nanti mak aku marah, kan ke derhaka tu? 


Anak Yatt ni korang, friendly dan cute overload. Pot pet pot pet borak sepanjang masa aku dalam fitting room duk pakai jubah tu. Kelemahan aku kan little girls yang comel dan keletah, korang.. Kesian aku dah jatuh sayang kat anak orang dalam masa 2 saat. Aku tak beli jubah tu, korang.. Duit dalam purse ada RM100 dan harga jubah tu RM139 ke RM135 gitu la lepas discount. Depa belum terima Debit Card, jadi aku mintak maaf sangat kat dia tak bleh beli. Kat sini, kata Yatt, beli tak wajib, try wajib. Waah... Bagusnya marketing skill ko, deq! Dan artis memang bertuah, depa ada bonus element yang mana orang nak ambik gambor dengan depa, especially para peminat depa. Macam dalam kes aku, aku ambik gambor sebab 1) mak aku, bibik aku, adik ipar aku, sedara-mara aku minat dia; 2) aku dah suka kat dia start malam tu; dan 3) nak buat blog entry macam ni. Hahahhaha. 


On a serious note, Suci by Yatt Hamzah ni bagus koleksi dia. HQ kat Shah Alam aku tak pernah jenguk, tapi kat Dataran Wangsa ni susun aturnya kemas, layanan para pekerjanya mesra dan harga jubah sangat mampu milik, hampir kesemuanya tak sampai RM200. Material yang digunakan bagus, jahitannya pun kemas tak berserabai benang segala bagai. Nak sampai Ramadan nanti, depa dah boleh terima pembayaran melalui kad debit dan kredit, jadi tak la berlaku adegan duit tunai tak cukup macam aku kan? Malu kat kucing je aku ni, marah mak. Eh? Mentang-mentang la dia minat Yatt Hamzah, aku tak cukup duit dia marah tak beli. Ooo... Selama hari ni kalau aku bawak balik hasil tangkapan lepas gi appointment kata membazir. Ish ish ish.. Ini tidak adil...!!

Itu la tadi kisah aku yang pakai baju sama dari pagi sampai malam. Sekian, terima kasih la sudi baca sampai habis. Selamat berhujung minggu, korang. Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.


Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan