Nuffnangx

Sunday, 17 May 2015

Weekend : Santai Depan TV

Assalamu'alaikum. Sekarang ni weekend pun jalan penuh sesak, perasan tak? Aku malas nak semakkan otak, lepak je kat rumah. Selesai masalah. Dah kata lepak kat rumah, apa hal pulak aku pakai tudung segala bagai? Sebab rumah aku ni ada bukan mahram, adik ipar aku adalah seorang teruna yang bujang trang tang tang dan dia duduk sekali dengan kami. Jadi, selain dari Master bedroom dan bilik air dalam Master bedroom, aku memang berhijab kat tempat-tempat lain dalam rumah. Begitu.


Pakai lipstik petang ni, buang tebiat sikit. Nasib baik tak pakai bedak, eyeshadow segala bagai. Maklum la, kat rumah tak nak la nampak pucat je kan? Kena la berhias indah jugak, kan?


Duk borak-borak depan TV dengan Bibik, sambil teman dia lipat kain baju, keluar la rancangan Di Sebalik Tabir cerita  Pilot Cafe. Macam best je. Macam menarik je. Macam nak gi tengok je. Nak ikut? Heheheh. 

Lagu temanya ada bunyi ala-ala Ombak Rindu sikit, korang perasan tak? 'Untuk Cinta' tajuk lagu tu, dinyanyikan oleh Hafiz dan Adira jugak. Aku dah terpisat-pisat dah ni duk teringat lagu dan ceritanya. Ntah bila agaknya boleh memboloskan diri sekejap gi tengok kat wayang. Hurmm...Tengok la nanti macamana. 

Ok la eh, cukup sampai sini. Esok selamat bekerja semula, ya kawan-kawan semua. Terima kasih sudi baca sampai habis. Jaga diri, hiasi peribadi. Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je. 






2 comments:

  1. aku pun tgh fikir bila dpt tgk movie ni
    nak tgk ngan anak2 mcm tak sesuai kurasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg x sesuai pon.. Hehehe
      Silap haribulan beli je kat Astro First.. Hajhah

      Delete