Nuffnangx

Wednesday, 27 January 2016

WW ~ Pie Gone Wrong

Story will come later.


~ Nai at Tak Pe Je.

Thursday, 21 January 2016

Home Made Chicken Chop

Assalamu'alaikum. Korang suka makan chicken chop? Aku tak. Kalau steak aku suka, tapi kena yang betul-betul menepati selera la. Ada satu malam tu cik abang ajak teman pergi beli ayam bandar, ayam kampung dan ayam pencen kat Pasar Borong Kampung Baru. Aku duduk dalam kereta je, sambil alihkan kereta kalau ada orang nak keluar parking. Kat situ double triple parking dan kalau tak boleh drive, memang cuak tahap maksimum la tunggu driver datang. Manusia kat KL ni mana reti bersabar dan carik pasal nak marah orang je, maklum la hidup banyak tekanan. Heheheh. 

Macam biasa, dia akan bagitahu apa yang dia borong kat aku, lebih kurang kasi update la kan. Sekali dia ada cakap something yang lebih kurang begini bunyinya: "Ada 1 yang boneless dalam plastik putih..." Aku diam, tunggu ayat seterusnya sebab macam tergantung je ayat tu. "... Buat chicken chop sedap tu..".

Spontan aku tanya kehairanan, "Chicken chop?" Dia diam je takde cakap apa-apa dah. Beberapa hari berlalu, masing-masing sibuk dan takde sesiapa dah sebut pasal chicken chop lagi tapi silent request tu aku sentiasa ingat. Sehinggalah hari Selasa kelmarin, lepas balik appointment petang tu aku rehat sambil google resipi dan turun ke dapur jam 8 malam. 

Memang tak sempat nak perap ayam tu bagai, buat je apa yang patut dan terus mintak bibik goreng. Dalam masa yang sama, aku cepat-cepat buatkan sos lada hitam dan bibik tolong buatkan salad. Elok sebelum azan Isyak dah siap semua, tinggal panggil cik abang turun makan.

Aku skeptical betul nak jamah chicken chop ni, sebab tak pernah suka. Tapi yang ni alih-alih sedap la pulak... Buang tebiat ke apa entah! Alhamdulillah. Senyuman daripada si dia pun melebar ke telinga. Beriya berterima kasih bagai. Sama-sama kasih...


Aku ada berkenan nak buat satu resipi ayam dalam Tasty Food channel tu, tapi ambik masa 8 jam la pulak atas dapur. Ngeri je aku dengar, memang kena adjust buat masa weekend la ni, sempat hidangkan lepas Maghrib. Candle light dinner, table for 10 boleh? Heheh. Adik-beradik selalunya berkumpul masa weekend, bagus jugak tukar menu.


Apa-apa pun, semoga dipermudahkan segala urusan kita semua. Kalau rasa tak ikhlas, pahala dah la tak dapat, penat pun akan jadi lebih berat. Okay, terima kasih sudi baca. Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

Pelan dan Makan Dalam

Assalamu'alaikum. Aku ni seorang 'hopeless romantic' dari dulu, kini dan selama-lamanya. Kalau ada moments ataupun apa saja yang menyentuh perasaan aku jauh di sudut hati yang paling dalam, maka ia akan kekal di situ sampai bila-bila. Itulah yang terjadi bila aku tengok cerita Lootera, lakonan Ranveer Singh dan Sonakshi Sinha. 

Bagai diheret sama dalam plot cerita, aku dah terlanjur involved dengan kisah cinta tanpa masa depan yang Lootera timbulkan. Terpana. Terpaku. Terpesona. Terkebil-kebil tak percaya dengan emosi yang aku dapat dari keseluruhan penceritaannya. Jenuh nak keluar dari gua perasaan, macam tu la lebih kurang. Tak baik tau buat aku jadi gitu! 

Bagusnya cerita ni, lain betul daripada cerita Hindustan yang pernah aku tengok. Tak payah ramai pelakon pun, semua yang ada dalam filem tu kita boleh relate dan anggap macam jiran tetangga. Semua pandai memainkan watak dan peranan masing-masing, yang menyempurnakan sebuah kisah. Lootera sudah menjadi Evergreen bagi aku selagi hayat dikandung badan.

Korang tengok la kalau ada masa, dan kalau korang sepesen dengan aku. Tapi kalau tak, mungkin korang akan rasa penat nak tunggu. Ye lah, set pun tahun 1950-an, memang takde fast and furious segala bagai. Itulah kelainannya. Lagipun hidup kita ni banyak je fasa yang pelan macam siput, bukan semua kebaboom meletup-letup cepat segala bagai.


Susah nak carik cerita macam ni, macam jugak susah nak carik cinta macam ni. Kita selalu dengar orang cakap 'cinta tak semestinya bersatu' dan itulah yang dibawakan dalam filem dan buku cerita. Tapi cara penceritaan takde kot macam yang dibawa oleh Lootera, at least filem Hindi secara khasnya. Aku tunggu cerita-cerita jujur macam ni dah lama, nak buat sendiri tak reti. Sementara tu, layan Lootera je la sampai lebam.

Okay, terima kasih sudi baca. Jumpa lagi, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

Tuesday, 19 January 2016

Gores Mata Sket Je

Assalamu'alaikum. Hari ni aku ada nak jumpa orang kat KLCC, saje turun awal sikit untuk lepak minum kopi sorang-sorang. Ingat-ingat lupa je Starbucks kat tingkat berapa, rasanya macam kat hujung sebab macam pernah nampak. Sekali baru perasan, landmark nya adalah Butik LV dan naik ke tingkat 3, Ramlee Mall. Heheheh. Bikin panas je lalu depan butik tapi tak boleh singgah. Ambik gambar je la yang mampu, dek non! 


Masalah dengan Starbucks outlets ni kan, cara penyediaan kopi yang tengok kemahiran pekerja. Jadi selalu confused nak mintak single shot ke double shots kopi yang sesuai dengan selera. Pagi ni aku mintak Double Tall Latte, maknanya medium-sized cafe latte dengan 2 shots. Sekali tak menepati pulak kehendak aku yang kalau bab kopi memang cerewet. Takpe la Nai.. Syukur la dengan apa yang ada. Alhamdulillah.


Anyways, dah lama benar rasanya aku tak mekap bila keluar rumah, celak pun tak pakai. Entah apasal rajin sikit pagi ni nak gores celak kasi jangan polos sangat. May be sebab tengok gambar sendiri masa jumpa orang petang semalam rasa sedih... Nampak macam payah je nak bukak mata. Tau la awak tu tak sihat, tapi tak payah la ketara sangat kan... Tempelak hati kepada diri sendiri.


Lepas ni kalau ada orang tu sindir2 kalau nak mekap depan cermin, aku akan tunjuk gambar muka penat kat atas tu. Alasan terbaik buat masa ni, heheeh. Ala, gores mata sikit je bang.. Peace! ^_^

Ok la, nak sambung minum kopi. Nanti bila jumpa orang takde la sibuk nak minum, makan dan dengar masalah dia lagi kan? Terima kasih sudi baca. Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.









Sunday, 17 January 2016

Melepaskan Rindu Pada Yang Sudi

Assalamu'alaikum. November 2015 aku pergi Kuala Terengganu dengan dua orang staff, ada kerja sikit. Memang dah plan dari awal nak gi makan nasi dagang kat Anjung Cafe, Primula Beach Resort. Macam jadi kewajipan tiapkali balik KT, mesti nak check in tempat ni. Makan nasi dagang mengadap Pantai Batu Burok, layan kenangan zaman muda-mudi.

Kalau ikutkan selera tekak Pantai Timur aku ni, nasi dagang terbaik adalah kat gerai di Pasar Batu Enam, kawasan Manir. Tapi jauh tu nak berkayuh ke sana, bukan ada banyak masa pun sebelum balik KL semula. Naik kereta balik hari je pun, jadi sendiri mau ingat la kan?

Tulis entry ni pun sebab rasa rindu nak pergi ke sana lagi. Ye la, sesetengah tempat kita memang selalu nak ulang pergi, lagi dan lagi.

Korang tau, aku ni jarang sangat2 nak minum teh tarik, kira macam 'Once In A Blue Moon' gitu. Cafe kat Primula ni la yang buatkan aku jadi minat teh tarik. Korang mungkin pelik, kenapa sampai macam tu sekali? Aku pun takde jawapannya. Citarasa ni kan subjektif, jadi masing-masing ada preference tersendiri. Ada yang suka teh tarik kat Mamak, ada yang suka teh tarik kat mana-mana saja. Ada yang suka teh tarik yang aku buat, contohnya kawan adik aku. Ada yang tak suka langsung. Begitulah.


Takde pulak gambar mengadap pantai, sorry eh...


Teringin jugak ada kerja setiap bulan kat KT ni, boleh gak jalan-jalan cari makan kat tempat-tempat favorite aku. Manalah tau ada rezeki tahun 2016 selalu boleh ke sana, kan? Perkenanlah, ya Rabb...

~ Nai at Tak Pe Je.



Saturday, 16 January 2016

Sensasi Si Ranveer Singh

Assalamu'alaikum. Dulu masa kecik-kecik aku suka tengok cerita Hindi, lebih-lebih lagi kalau Amitabh Bachchan dan Jeetendra berlakon. Bila dah remaja, aku suka Amir Khan sebab berkenan betul kat bibir dia. Naik Form 4 aku dah tak minat Hindi dah. Sehinggalah Dilwale Dulhania Le Jayengge, yang membuatkan aku drooling over Shahrukh Khan. Lepas tu entah la, aku dah tak minat sesiapa selain SRK dan Amir Khan. 

Dekat 20 tahun kemudian baru ada semula yang membuka hatiku nak minat pelakon Hindi. Tahap minat kat dia tu sama degree minat kat SRK plus Amir Khan, kuasa dua. Namanya takde Khan kat belakang, tapi Singh. Mak ai, handsome nya mamat ni tak tau nak cakap macamana. Dan yang lebih penting, dia sangat pandai berlakon, sangat friendly. Benar-benar seorang penghibur dari segala segi.


(Sebelum terlupa, semua gambar dalam entry ni diambil tanpa silunya dari Uncle Google).

Bagi aku dia ada segala-galanya yang perlu ada pada seorang lelaki, apatahlagi seorang selebriti. Kalau betul gossip dia nak bertunang dengan the reigning Queen of Bollywood masa kini, Deepika Padukone, maka Ranveer Singh seolah-olah berada dalam syurga dunia: sempurna serba-serbi. Aku rasa tak boleh bernafas tengok depa berdua dalam filem Ram-Leela dan Bajirao Mastani. Gandingan yang terlalu serasi, sexy overload. 

Mula-mula dia buat debut dalam Band Baaja Baaraat dulu aku memang tak tau menahu, sebab dah berzaman lamanya aku tak layan filem Hindi. Menyampah yang amat tengok Mat Salleh dan Minah Salleh wannabees. Lepas Ram-Leela dan Lootera, aku dah melekat kat dinding dah tengok lakonan Ranveer. Keluar pulak Bajirao Mastani, apa lagi nak dikata? 

Sama macam Deepika jugak, masa dia buat debut dalam Om Shanti Om dulu mana aku tau menahu pun. Sehinggalah Chennai Express, baru aku terhegeh-hegeh carik dalam you.tube filem-filem dia. Melopong aku tengok, padan muka. Macam tak percaya aku Bollywood ada pelakon macam Deepika, macam Ranveer. Dah la sangat petah berkata-kata, cerdik pandai, lawa gorjes bagai, aduhai bertuahnya badan...! 



Walaupun Ram-Leela dan Bajirao Mastani menggabungkan dua insan bercinta yang sama sexy dan sama gojes itu sangat da bomb, aku tetap prefer Lootera yang pelan dan makan dalam bagi aku. Seksa benar rasanya nak telan ending cerita ni, tengok banyak kali pun masih sedih macam 1st time. 

Bengkak mata sendat hati berat jiwa dek kerana filem ni, siapa yang sepesen dengan aku mesti paham apa yang aku cakap. Kira macam kalau lagu orang putih tu, "More Than Words" gitu. Lepas tengok Lootera sejuta kali, aku dah rasa macam Varun & Pakhi tu jiran sebelah rumah aku sejak berkurun lama. Yang aku sentiasa sayang, kenang dan ingat dalam setiap hela nafas. Dan aku confirm terpaku, terpana, terpaut, terjatuh cinta pada Ranveer Singh & Sonakshi Sinha sungguh-sungguh. Cakap masjid, sumpah tak bohong punya!


Cuma ye la, Bajirao Mastani itu dalam kelasnya yang tersendiri, a masterpiece. Maka tak hairan langsung la weh, Ranveer menang Best Actor malam semalam kat Mumbai sana, Priyanka Chopra menang untuk Best Supporting Actress, Mr. Bhansali menang Best Director & Best Film. Sama jugak Deepika menang Best Actress, walaupun untuk filem Piku, bukannya Bajirao Mastani. Bagi aku, mereka sangat layak menang. Aku tumpang bangga ada filem Asia macam Bajirao Mastani sebenarnya.  


Okay, orang Malaysia mungkin lebih suka Dilwale 2015. Aku memang teruja gila dapat tengok SRK dan Kajol lepas My Name Is Khan, tapi itu cerita hiburan semata-mata. Cerita yang dah selalu kita tengok dalam filem Hindi. Aku suka je tengok sebab SRK-Kajol takde siapa boleh tanding. Dah pulak mengimbau kenangan DDLJ masa umur belum masuk 20-an. Mabuk ketum la mereka yang berkenaan... Hehhe.


Tinggal lagi, apa yang benar tetap kena diletakkan haknya. Sebab tu lah aku selalu jujur dalam pendapat aku tentang filem yang sangat bagus dari segi pengisian dan nilai komersial. Bagi yang belum tengok, silalah tengok Bajirao Mastani. Memang berbaloi-baloi!

Apa-apapun, terima kasih sudi baca.

~ Nai at Tak Pe Je.






Sofa Make Over : DIY Reupholstery Project

Assalamu'alaikum. Hari tu aku ada tayang gambar sofa, tapi takde cerita apa-apa pasal tu, kan? Haa.. Meh aku cerita sekarang, okay? 

Aku ada satu fasa yang tak boleh disekat-sekat dek apa-apa mahupun sesiapa menggilai kerja-kerja DIY. Itu adalah waktu-waktu yang aku banyak menyepi dari dunia blogging khasnya dan dunia media social amnya. Hatta telefon pun aku tak ambik port masa tu, tenggelam dalam dunia aku sendiri. 

Masa tu aku siap boleh buat kerja menukar kain sofa dari kayu jati yang mak aku hadiahkan 4 tahun lepas. Nak hantar kat orang, harganya dah boleh beli sofa baru. Takde hal nak angkat baru, kalau dikira keadaan dan keperluan masa tu. Tinggal lagi aku pening kepala pikir apa nak buat dengan sofa yang dah sedia ada. Nak bagi adik-beradik, takde yang hendak. Jadi aku ambik keputusan nekad dan bertekad untuk buat total makeover biar elok semula sofa tu dari segi empuk tempat duduk dan sejuk mata memandang. 

Aku start dengan sofa single seater yang paling kecik dalam set 3 bijik kat ruang tamu, kira kasi test market kata orang. Beli kain pun yang murah je, kalau tak jadi pun takde la sakit hati sangat kan? Dah siap tu, aku gi beli lace dan lekatkan kat sekeliling sofa, kasi tutup staples yang sudah tentu tak cantik dibiarkan terdedah auratnya.


Hasilnya, dapat la sebijik sofa yang lain benar rupa parasnya daripada asal kejadian. Nak tukar cat kayunya kepada putih sebenarnya tapi aku takde masa nak tunggu kering bagai, siapa nak menyelianya pun, kan?


Selesai yang itu, aku teruskan dengan aktiviti 'mengerjakan' kerusi panjang yang lagi dua beradik tu. Dah cekap kali ni, sehari je aku dah berjaya tanggalkan staples, paku dan segala kain sofa. Bila kita bukak sofa tu, berderau darah tengok apa sebenarnya isi kandungannya. Berderau sebab tak logik akal langsung dengan harga yang kita bayar. Kain-kain yang digunakan untuk membalut isi dalaman boleh pulak dari cadar hospital dan tali ropia je pun yang mengikat apa yang patut.


Tapi dalam masa yang sama, bagi aku ia adalah suatu proses yang sangat 'humbling' dan buat kita lebih menghargai penat lelah tenaga buruh yang menghasilkan sofa tu sebelum tauke perabot buat duit yang berlipat kali ganda daripada keringat mereka. Sedangkan mereka dapat upah ciput sangat-sangat.


Jadi, perasaan aku bercampur-baur. Sekejap rasa bengang dengan harga yang diletakkan kat kedai, sekejap lagi rasa kesian kat tenaga buruh yang digunakan. Tapi ye la, itu memang dah lumrah hidup kat dunia ni. 


Yang ni gambar lepas siap sofa 3 seaters, tunggu masa bukak kain sofa 2 seaters pulak. Sekarang ni dah siap semuanya, sekali dengan matching bantal kekabu yang aku buat sendiri. Ye, korang tau tak? Aku gi beli kekabu dan buat bantal, kemudian aku buat sampulnya sekali. Memang maximum tahap gaban aku punya kehendak DIY, sekarang nampak tak kekdahnya? 


Aku tak sempat-sempat nak ambik gambar keadaan semasa. Kalau hari ni memang tak dapat nak tolong, sebab adik-beradik aku datang dan biasalah tunggang-langgang la kekdahnya pemandangan. Nanti aku update gambar yang elok sket, tapi buat masa ni aku hanya boleh letak yang ni:


Sebenarnya, ada 1 final step nak dibuat. Aku belum jumpa decorative lace yang sesuai untuk aku lekatkan kat sekeliling sofa yang kini berwarna peachy orange itu. Senang je kerjanya, takkan sempat berpeluh pun. Cuma aku memang nak carik item yang betul-betul memenuhi citarasaku. Sementara tu, aku berpuas hati dulu dengan hasil yang sedia ada.

Lepas siap je projek sofa aku dan bantal-bantal kekabu itu, aku dah start sibuk dengan kerja-kerja ofis. Aku rindu nak pegang mesin jahit Singer mak aku yang vintage itu dan merekacipta apa yang termampu. Aku memang dah lama nak menjahit tapi tak pernah ambik inisiatif untuk belajar. Selama ni aku jahit tangan aje, takat jahit butang baju laki dan sembat kaki skirt je kot. Tapi sekarang bila dah pandai guna mesin jahit, betapa bahagia rasa di hati... Bila dah ada bajet lebih, boleh la beli mesin power rangers sket kan? Gitu...

Demikianlah kisah aku dan DIY Reupholstery Project yang bolehlah dikategorikan menjadik. Alhamdulillah... Sekarang tak timbul dah isu nak 'buang' sofa tu, menda dah elok balik. Kain dah elok, tempat duduk pun dah empuk balik lepas ditambahkan span. Bolehlah berkhidmat untuk 4 tahun lagi, Insya Allah. Kalau dah ada masa yang sesuai, boleh la cat kayunya kepada putih pulak, kan? 

Terima kasih sudi baca, kita jumpa lagi lain kali. Jaga diri, hiasi peribadi. Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.









New Leaf

Assalamu'alaikum. Tengok statistik sekejap, jom! Hari ni 16 haribulan Januari tahun 2016. Kali terakhir aku update blog (itu pun takat letak gambar kerusi sebijik) bila? 16 haribulan Disember tahun 2015. Lama tak lama la, tapi Setahun Kemudian?! Selamat Tahun Baru, kawan-kawan sekalian. Kepada yang jenis simpan azam, teruskanlah. Kepada yang jenis tak kuasa nak berazam bagai, teruskanlah. Akhirnya kita semua kena jugak teruskan hidup dengan penuh iltizam dan semangat waja, kan? 

Aku macam biasa, tahun baru ke tahun lama ke, keadaan tak banyak berubah. Cuma selagi mampu aku cuba yang terbaik untuk membaikpulih segala kekurangan, kerja harian dalam kehidupan semua orang tu sebenarnya. Tak perlu tunggu tahun baru nak berubah, at least itu bagi aku la kan. 

Yang paling ketara tahun ni mungkin susunan priorities la jelas berubah bagi aku. Kalau selama ni aku berbagi masa antara kerjaya dan anak, tahun ni aku memang dah set nak lebihkan masa dengannya. Bukanlah bermaksud aku tak pergi kerja dan jadi surirumah sepenuh masa, jauh sangat tu. Tapi kerja aku berhenti sebaik saja masuk waktu Maghrib, hampir setiap weekdays. Untuk tahun ni la, kan. Sebabnya memang aku dah set macam tu sejak 2 tahun lepas, kira perancangan yang tinggal waktu untuk dilaksanakan gitu. Setakat ni keadaan nampak terkawal, Alhamdulillah.

Takde masa la pulak nak berborak panjang, korang. Aku melanja selfie la satu, ya? Kita jumpa lain kali, selamat berhujung minggu!


~ Nai at Tak Pe Je.