Nuffnangx

Thursday, 21 January 2016

Home Made Chicken Chop

Assalamu'alaikum. Korang suka makan chicken chop? Aku tak. Kalau steak aku suka, tapi kena yang betul-betul menepati selera la. Ada satu malam tu cik abang ajak teman pergi beli ayam bandar, ayam kampung dan ayam pencen kat Pasar Borong Kampung Baru. Aku duduk dalam kereta je, sambil alihkan kereta kalau ada orang nak keluar parking. Kat situ double triple parking dan kalau tak boleh drive, memang cuak tahap maksimum la tunggu driver datang. Manusia kat KL ni mana reti bersabar dan carik pasal nak marah orang je, maklum la hidup banyak tekanan. Heheheh. 

Macam biasa, dia akan bagitahu apa yang dia borong kat aku, lebih kurang kasi update la kan. Sekali dia ada cakap something yang lebih kurang begini bunyinya: "Ada 1 yang boneless dalam plastik putih..." Aku diam, tunggu ayat seterusnya sebab macam tergantung je ayat tu. "... Buat chicken chop sedap tu..".

Spontan aku tanya kehairanan, "Chicken chop?" Dia diam je takde cakap apa-apa dah. Beberapa hari berlalu, masing-masing sibuk dan takde sesiapa dah sebut pasal chicken chop lagi tapi silent request tu aku sentiasa ingat. Sehinggalah hari Selasa kelmarin, lepas balik appointment petang tu aku rehat sambil google resipi dan turun ke dapur jam 8 malam. 

Memang tak sempat nak perap ayam tu bagai, buat je apa yang patut dan terus mintak bibik goreng. Dalam masa yang sama, aku cepat-cepat buatkan sos lada hitam dan bibik tolong buatkan salad. Elok sebelum azan Isyak dah siap semua, tinggal panggil cik abang turun makan.

Aku skeptical betul nak jamah chicken chop ni, sebab tak pernah suka. Tapi yang ni alih-alih sedap la pulak... Buang tebiat ke apa entah! Alhamdulillah. Senyuman daripada si dia pun melebar ke telinga. Beriya berterima kasih bagai. Sama-sama kasih...


Aku ada berkenan nak buat satu resipi ayam dalam Tasty Food channel tu, tapi ambik masa 8 jam la pulak atas dapur. Ngeri je aku dengar, memang kena adjust buat masa weekend la ni, sempat hidangkan lepas Maghrib. Candle light dinner, table for 10 boleh? Heheh. Adik-beradik selalunya berkumpul masa weekend, bagus jugak tukar menu.


Apa-apa pun, semoga dipermudahkan segala urusan kita semua. Kalau rasa tak ikhlas, pahala dah la tak dapat, penat pun akan jadi lebih berat. Okay, terima kasih sudi baca. Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

4 comments:

  1. bila nak share recipe

    eh yang 8 jam kena duk dapur tu
    tak nak ajak aku skali ke
    kuikuikui
    tapi ajak makan, bukan ajak tolong tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila ko free soklannya.. Huhuhu
      Yg 8 jam tu aku share video la senang ..

      Delete
    2. perghhhh share video tak nak
      share makan nak wakakkakaka

      Delete