Carbo Diet Seorang Nai at Tak Pe Je

Assalamu'alaikum. Macamana hujung minggu korang, ada baik? Aku rehat betul minggu ni, Alhamdulillah... ambik masa bertenang dan berehat secukupnya. Cuma pukul 6 petang semalam aku pergi jumpa sorang client kat Starbucks, Aeon Mall AU 2. Kebetulan dia free dan perlu update aku perkembangan terbaru yang sangat penting lagi mendebarkan. Ok lah, aku pun dah cukup rehat kan, maka takpe la, aku penuhi aje permintaan dia. Tapi kali ni aku nak cerita pasal makan, sebenarnya, sebab tu ada gambar makanan je dalam entry ni.


Dah sebulan lebih aku tukar cara makan, sebab rasa berat nak tarik body, udah la tak boleh bersenam macam dulu-dulu. Mak aku tak boleh terima keadaan aku yang sangat komited lagi istiqamah dalam ikhtiar menjaga pemakanan segala bagai tu, dia tak puas hati kenapa aku nekad sangat. Dia terlupa agaknya, anak dia ni kalau dah kata nak buat something, mana ada main-main dan suam-suam kuku. Lalu dia guna tektik kotor, iaitu memasak makanan favorite aku sepanjang zaman: dimulakan dengan laksam, dan selang seminggu selepas tu, diikuti dengan laksa Penang. Korang rasa? Hurmmm... memang aku takkan tolak punya! 


Takpe la, kira macam reward la tu kepada diri sendiri. Bukan senang nak makan sayur dan lauk semata-mata hari demi hari, purnama merindu siang, pungguk rindukan bulan bagai. Tinggal lagi, badan aku rasa ringan dan lebih mudah bergerak bila dah tukar menu sihat ni. Itupun aku tak buat cara yang sebetul-betulnya, masih lagi makan apa saja yang bibik masak kat rumah, walaupun sebenarnya kena elakkan makanan berminyak dan berkolesterol tinggi.


Laksa Penang aku masih boleh kawal daripada naik meroyan kat meja makan, takde la sekronik masa tengok laksam depan mata. Sampai sekarang pun aku masih pening-pening lalat teringat kat laksam, sebegitu cintaku padanya, kawan-kawan! 

Anyways, lunchtime tadi aku makan sikit nasi, tak sampai sesenduk pun dah kenyang gila. Agaknya sistem badan aku dah terbiasa dengan keperluan karbohidrat, bila masuk sikit pun dah rasa cukup untuk saat dan ketika itu. Nasi campur biasa boleh lah kot, cuba bagi nasi dagang ataupun nasi kerabu tengok, memang menggelupur la jiwa dan raga, takde maknanya aku nak makan tak sampai sesenduk! Sekarang ni aku duk teringin nak makan nasi kandar Line Clear, ajak cik abang pergi Kampung Baru, tapi sedar diri dah pukul 9 malam, baik tunggu siang hari. Lambat pulak nak hadam kalau makan berat-berat lepas Maghrib. 

Sampai bila aku akan bertahan, aku tak berani nak jamin. Cuma aku macam biasa, akan buat sesuatu dengan kehendak diri sendiri dan keperluan semasa, tak boleh ada sebarang paksaan daripada sesiapa. Selagi aku nak buat, maka akan aku teruskan. Selamat berjaya, untuk aku... 

~ Nai at Tak Pe Je.













Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan