Diari Seorang Mak Long

Assalamu'alaikum. Sejak ada budak kecik kat rumah ni, meriah betul keadaan kami semua, memanglah kehadiran bayi itu suatu anugerah yang tak terbandingkan. Itulah yang dinamakan 'Bundle of Joy'. Takat kena tukar baju dah elok-elok siap nak pergi kerja tu biasa, maklumlah bayi ni ada tendency nak muntah bila kita pakai lawa-lawa, barulah happening, kan? Semalam contohnya, dari baju warna hijau zamrud, Mak Long dah kena pergi salin baju warna biru lembut selepas baby M terkasih tergelak-gelak dan akhirnya muntah atas lengan baju, sungguh ohsem!


Elok je masuk kombinasi warna baju dan tudung pilihan pada separuh masa pertama. Permulaan hari la katakan, haruslah sememeh dan mekap masih rapi.


Balik kerja petang semalam, saje aku ambik gambar kat meja makan. Nak tunjuk kontras yang ketara keadaan pada permulaan hari dengan hala ke Maghrib. Muka dah kusam, mata dah penat, mekap tak payah cerita la kan? 


Terasa lapar sangat balik kerja semalam, aku terus ke dapur buat air teh O dan angkut balang berisi biskut crackers (orang kampung aku panggil biskut kering), lepak secara solo di meja makan, sebelum mak keluar temankan.


Aku bawak baby M keluar jalan-jalan kat kawasan sekitar rumah, memandangkan hari sebelumnya dia suka sangat dan balik tu jadi good mood, senang je minum susu dan tidur tanpa macam ragam. Sempat lagi dia muntah atas lengan baju biru aku tu jugak, tapi tak kisahlah, dah memang habis kerja pun, muntah la sebakul pun, tak payah sibuk nak salin baju dah.


Ni gambar hari sebelumnya, dengan keadaan muka takde mekap lepas balik kerja. Punyalah budak kecik tu happy, jelas tersengih-sengih macam budak dah besar sangat dah, ishh...!


Selamba je dia tertidur di pangkuan Mak Long selepas habis susu sebotol, takde meragam langsung. Bosan agaknya asyik terperap je kat rumah sepanjang hari, bila boleh sedut udara luar dan nampak dunia luar, balik rumah hati dah seronok.


Tapi hari ni Mak Long balik lambat, cuaca pun tak bagus nak bawak dia keluar. Lagipun, kalau hari-hari buat macam tu, karang susah kat semua orang, tak pasal-pasal jadi rutin. Dah berat budak bertuah ni, boleh cramp lengan dukung dia lama-lama. Tengok la nanti macamana, may be tolak dengan stroller, walaupun aku lagi seronok dukung je, lagi rapat dan puas hati boleh borak-borak manja dengan dia.

Tak lama dah pun dia nak duduk rumah aku, sementara dia ada ni apalah sangat nak dukung ke hulu ke hilir, apa ada hal?

~ Nai at Tak Pe Je.



Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan