Nuffnangx

Tuesday, 28 March 2017

Seharian Di Bandar Hilir, Melaka

Assalamu'alaikum. Cuti sekolah kali ni aku duk sibuk je memanjang, kesian anak mereput kat rumah.  Petang Juma'at baru ni selamba badak je kensel satu appointment yang bagi aku membuang masa, kemas barang untuk dua hari dan berangkat ke Melaka dengan suami, anak dan bibik. Kenapa Melaka? Sebab anak yang pilih, antara Genting dan Melaka, dipilihnya Melaka, kat sana banyak muzium dan kesan tinggalan sejarah. Terlupa pulak dia ada sebut nak ke Melaka masa mula2 belajar Sejarah awal tahun aritu. Anak aku ni pelik sikit, minat betul sejarah, mungkin ikut arwah ayah aku, pakar sejarah dan tamaddun Islam. Takpe la, kita ikutkan aje, bukan benda tak elok pun, kan? Lagipun Melaka dekat je dengan KL, kira impromptu percutian bajet la jugak.

Jalan dah start sesak petang tu, ye lah, gerak pun lepas Asar, apa nak dikata lagi, kan? Nasib baik la ada drebar Golok dalam kereta, boleh gak cilok-cilok dan cari jalan rahsia bagai, berjaya la jimatkan masa sejam setengah daripada terperangkap dalam kepadatan kenderaan kat Kesas Highway. Sampai di Bandar Hilir malam tu, kami pusing-pusing kota, cari bilik nak bermalam. Biasalah, nak yang sesuai dengan bajet, kenalah merisik khabar kat banyak tempat. Akhirnya dapatlah suite kat Dreamz Hotel, yang selesa dan mesra kehendak kami berempat. Dah elok settled down semua, apa lagi, keluar cari asam pedaslah pulok! Berpandukan Abang Waze, kami menuju ke Asam Pedas Claypot, masing-masing order ikan tenggiri (aku la tu), kepala jenahak (kanda) dan kembung (bibik). Anak aku tak gemar sangat asam pedas, dia cubit-cubit sayang je sikit ikan tenggiri, selebihnya makan telur dadar dengan nasi. 



Malam  masih muda, katanya, maka apa aktiviti seterusnya? Tengok Power Rangers, hambek ko! Nama pun melayan anak, kenalah tanya preference dia, betul tak? Kebetulannya aku dan bibik memang suka Power Rangers masa dulu-dulu, takde la masalah pun nak teman. Yang naya tu, kekandaku, kira teman cari bantal je la, macam biasa. Dia bukan suka cerita-cerita macam nu, zaman kanak-kanak dia bukan mengadap TV macam aku. Dia bangsa yang masuk hutan melastik burung, memancing, mandi sungai dan yang sewaktu dengannya. Aku ni kayuh basikal naik Bukit Besar kat Kuala Terengganu, balik rumah mengadap TV tengok segala bagai kartun Jepun. Anak aku ikut siapa kalau bukan mak dia, nak marah macamana...


Dulu masa ambik gambar kat A Famosa ni, anak aku kecik sangat lagi... sekarang dah dekat nak sama tinggi dengan mummy daddy, betapa cepat waktu berlalu! 


Siap bawak duit poket sendiri pulak tu, beli alat memanah yang diperbuat daripada kayu, lepas mengepow daddy dia miniature pedang. 


Sebenarnya pagi tu aku kesiangan, ye lah, wayang habis kul 2 pagi kot! Dah pulak aku 1st day period, penat tak payah cerita la kan. Dah lambat macam tu, kacau mood sebenarnya, kalau tak kawal emosi, memang hancur keindahan waktu bersama family. Lama jugak la nak bagi ok balik, muncung jugak la sejam dua. Pandai-pandailah pujuk hati sendiri, kawal emosi sendiri, hormon orang perempuan bukan mudah pun nak dijelaskan. Cuaca panas kat Bandar Hilir tu sangat tak membantu, tinggal lagi seronok tengok anak bujang menghargai kesan tinggalan sejarah. Minum air mineral lima enam teguk, bolehlah hilang jugak rasa panas. Dah pulak dapat aiskrim potong, lagilah ok...!


Bandar Hilir kan terkenal dengan Istana Kesultanan Melayu Melaka, sejak dari pertama kali pergi masa zaman sekolah menengah dulu, tak pernahnya bosan aku tengok reka bentuk istananya. Bibik pun seronok, beriya dia posing sini dan sana, nak kirim gambar kat keluarga di kampung.


Lepas lunch, kami naik beca pulak, pusing-pusing kat area kapal je pun... saje nak lengkapkan rukun jalan-jalan di Melaka. Kira kalau tak naik beca ni, pincanglah irama dan lagu. Hello Kitty ke pun nya adoi? Apa ada hal, layankan aje... Anak aku dan bibik naik Pikachu punya, bedal aje la, labu! Seronok abang-abang beca tu dapat customers, kami tumpang happy.

.

Replika kapal ni memang gempak, tabik spring kat Melaka!


Kami pergi ke semua muzium yang ada kat Bandar Hilir tu, dah itu pun hajat dan permintaan Junior. Muzium dalam kapal, sebelah kapal, dan last sekali, Muzium TLDM, yang paling anak aku enjoy. 


Dah selesai sesi melawat muzium, kami menapak ke Dataran Pahlawan untuk semua orang kecuali aku, solat jamak qasar Asar dan Zuhur, sementara menunggu sesi menaiki kenderaan amfibia, Itik Besi yang diterajui oleh Melaka Duck Tour.




Seronok habis naik menda ni, tau.. tapi malang sungguh, enjinnya rosak lepas keluar dari air dan tak sempat sampai ke stesen. Nasib baik tak jadi masa kat laut, haiyya... tak dapat nak bayangkan! Ikut mana pun, aku puji la kecekapan pihak pengurusan, elok je dorang sediakan kereta untuk bawak semua penumpang ke stesen di Bandar Hilir. Biasalah, kenderaan tu depa beli dari USA yang dah digunakan untuk mengangkut ubat-ubatan oleh tentera US sejak tahun 1944, mau tak rosak enjin? Kalau manusia, dah lama arwah pun, kan? 

Di situlah berakhirnya aktiviti jalan-jalan kami sekitar Bandaraya Melaka, memang memanfaatkan setiap saat yang terluang. Pelan-pelan kami meninggalkan Melaka menuju hentian seterusnya: Port Dickson, sebab Junior nak pergi jenguk Muzium Angkatan Tentera Malaysia kat sana. Hurmm.. bersambunglah aktiviti lawatan ke muzium pada hari Ahad pulak, sila bersabar ya, tuan-tuan. Terima kasihlah sudi baca sampai habis entry kali ni, yang panjangnya tahap overrun kritikal punya. Jumpa lagi lain kali, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.








No comments:

Post a Comment