Nuffnangx

Friday, 17 October 2014

Demi Sepinggan Kuey Teow Goreng

Assalamu'alaikum. Ini kisah semalam tapi biasa la, boleh je sembang hari ni kan? *wink. Sehari sebelum tu adik ipar aku ada beli kuey teow goreng (kerang) balik makan kat rumah lepas keja. Dia offer aku rasa, so aku cuit la sikit dah namapun orang ajak rasa kan, agak-agak la takkan nak pulun pulak? Tak sedap, nasib baik. Hahaha. Masam, rasa lada jeruk banyak sangat. Tapi kan, sejak tu aku naaaaaaaak sangat makan kuey teow goreng. Kalau boleh, tak nak ada sos tiram ataupun apa2 jenis seafood, diva tak demand? Hurmm.. Sendiwi bikin ler! 


Balik appointment ngam2 azan Maghrib semalam aku memang dah tak bleh sekat keinginan yang membuak-buak itu lagi, rasa macam apa ko ingat aku tak reti masak sendiwi? Maka lepas Isyak aku drive pegi carik kuey teow untuk digoreng. Siap amik selfie lagi tu, padahal nak rekod kat mana tempat parking takut tergagau-gagau lepas abis shopping! 

Eh, sebesar-besar AEON tu habis kuey teow malam tadi, boleh? Apa, semua orang craving nak buktikan mereka berkemampuan untuk goreng kuey teow sendiwi ke pon? Huwaaa...!

Tapi takpe, ada 15 minit lagi sebelum kul 10pm. Aku berdoa Giant tutup lambat sket, cuak gak sebab tak tau sebenarnya waktu operasi depa. Traffic kat area rumah aku ni takde la berserabai sangat so sempat la aku tekan minyak sikit je dah sampai depan Giant dari AEON. Oh, masih meriah lagak open house raya lagi depa kat situ. Tetiba nampak cahaya lampu Giant sangat berseri-seri malam tadi, boleh? Hurmm.. Hati girang jiwa gumbira, semua nampak indah belaka! 


Dan hamek ko! Bersepah-sepah ada kat Giant, tengok? Nama je la lain, tapi kekdahnya menda yang sama. Miteow pon Miteow la, janji bleh diteow kan dengan jayanya. Happy ending, of course! 


Dan mereka pun hidup dengan gembira selama-lamanya dalam kenangan. Ye la, sampai ketika akan dinyahtoksidkan keluar sebagai hampas. Hehehe.

Sekian, T.A.M.A.T.

~ Nai at Tak Pe Je. 






4 comments:

  1. Uiii mengidam yg tak boleh ditahan2 lg ya............simple ke kuew tiawnya...tp looks yummeh!

    ReplyDelete
  2. yg simple tu lah sedap! kak entry dh up hheheh so sorryyyy lambat bebenor ;p

    ReplyDelete