Garis Pemisah Antara Suratan & Kebetulan

Assalamu'alaikum. Amboi... Tajuk tak boleh blah gitu! Ngeee.... Takpe je kan? Ni kisah minggu sudah sebenarnya tapi biasa la, tak sempat nak buat entry. Lama dah rencana nak jumpa kakak nan seorang ini tapi tak pernahnya sesuai jadual kami, semenjak dua menjak dia takde bibik. Masa dia free aku busy, masa aku free dia pulak busy, kekdahnya begitu. Sampai la weekend aritu, whatsapp macam selalu dalam group, tanya updates harian, rancang nak jumpa hari Isnin tapi impromptu buat quick catching up kat AmCorp Mall. Kebetulannya Kak Liza nak ke situ dari Puchong ke dari mana lupa dah aku, ya ampun..! Dah terbiasa jumpa berdua je aku tak tau pulak dia bawak sama cik abang dan tiga orang anaknya. Kalau tau, aku ajak si Junior... Boleh bergegak gempita dengan gang dia. Hurmm..


Budak-budak ada bukan boleh bebas ikut kepala kita, kan? Maka eloklah kita pergi makan dulu! Aku dengan terkejut belum habis lagi ikut la sekali kat Secret Recipe tapi takat minum cafe latte je, perut tak terasa lapar. Lama tak jumpa budak-budak tu, aku sibuk cuit dan dicuit je la pendek cerita. Auntie Nai pon rindu kat korang, kiddos! 


Bukan senang nak jumpa macam ni, kalau rancang pon belum tentu menjadik. Kadang-kadang tak merancang lagi senang jadik, perasan tak? Tapi ye la, rasa ralat sangat dalam hati tak bawak Junior sekali. Tak pe la, mudah-mudahan ada rezeki dan jodoh lagi untuk keluar sama-sama.


Sementara tu, sila la beradu dulu.. Esok kerja bebaik tau. Aku ni entah la bila bleh nak tido nye pon, adoi! Till then, bye! Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.



Comments

Popular posts from this blog

Orang Malaya di Osaka : Kansai Trip

Teaser : Jejak Kansai Junior

Jubah Hitam dan Tudung Bawal Satin