Nuffnangx

Friday, 16 January 2015

Kerana Dirimu Begitu Berharga: Suatu Monolog Petang Jumaat

Assalamu'alaikum. Hari yang indah jangan disia-siakan dengan bergundah gulana, buang masa je. Dendam terindah adalah mencipta ruang kebahagiaan kepada diri sendiri dan orang-orang yang tersayang. Yang tahu menilai dan mahu menghargainya. Itu hutang kita yang perlu sentiasa dibayar selagi jasad masih bernyawa. Hutang darah dan air mata.


Belajarlah menyayangi diri sendiri dan menerima apa adanya. Usah dikejar hijaunya rumput di laman orang lantaran dangkalnya akal dan kecamuknya emosi. Lebih baik menyiram kembang mewangi di laman sendiri. 


Terasa sungguh bosan dan muak dengan keadaan, itu lumrah sebuah kehidupan. Ambil masa bertenang dan mengenali diri, lambat pun tak mengapa. Janji ada tindakan proaktif dan bukan cuma berpeluk tubuh menunggu bulan jatuh ke riba. 


Jom kita menggapai pelangi dengan mencorakkan ukiran sendiri. 

~ Nai at Tak Pe Je. 

2 comments:

  1. eh indah kemain bahasa malaysianya
    sesekali berbahasa, tu dia
    puitis jadinya
    eh
    cantik lak ko pakai tudung lagu tu
    pehal kalau aku pakai lagu tu tak cantik ar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yg kau tak tau pasal aku, beb! Heeheheh.
      Tudung mcm tu kena tgk kain gak, Elly. Kalu yg mcm jelly kekdahnya,
      Aku pon tak kuasa nak melentikkannya bagai..

      Delete