Maaf Dihulur dan Dipinta, Selamat Hari Raya!

Assalamu'alaikum. Eid Mubarak kat korang semua.. Raya sakan ke tahun ni? Aku biasa-biasa je, sederhana serba-serbi. Pakai baju raya pun sampai raya ketiga je, tak ke mana dah lepas tu. Rehatkan otak dan tenangkan jiwa, begitu..! Dua hari sebelum raya, bibik terkasih dah kacau mood aku bila dia tersilap gaya gosok baju raya. Berasap kepala aku tahan marah, memang tsunami dalam jiwa, tapi kutahan, Jebat! Tengok gambar close-up ni: overheat la seterika tu, mesti punya.


Yang buat aku naik suara, bila dia duk auta kata memang dah sediakala struktur kain saree aku macam tu. Aku sikit lagi nak tonyoh kepala dia, nasib baik tengah puasa. Aku tunjuk kat dia gambar baju tu sebelum bagi dia gosok, baru dia spin cerita 360 darjah ikut jalan laut pulak, naik tongkang. Elok cantik melentik je kebarung hijau aku tu, jangan nak buat fitnah durjana gitu, salah baik mengaku je, takde la aku naik darah 30 juta kali, kan?


Cik abam pujuk, ajak pegi beli yang ready made. Aku kata mana ada jual, itukan ditempah. Jom gi beli kain, katanya, like yeah right, siapa nak jahit? Dah la kain tu adik aku beli kat India, nak gi sana naik tikar terbang ke apa? Bayar dengan daun pisang? Aku tanya dia, suara masih terkawal, sebab nak marah bukan salah dia. Ok dia drop subjek tu, kasi aku sejuk dulu. Esok dia pujuk lagi, pakailah baju tu, tak nampak pun.. Yang penting dalam gambar tetap cantik. Like, hello? That's not the point. Sakit jiwa aku ni sebab 1) frust bila dah ajar dan tunggu bibik gosok baju tu elok2, gi masuk solat Subuh kejap je dah ke laut; dan 2) benci bila dia cuba letakkan kesalahan tu kat aku, memang masa bagi dia dah sedia rosak. Tak ke jilake tu cubaan dia? Memang aku tak bleh pandang pun bibik sejak hari tu dan kalau bercakap dengan dia, suara aku menahan getar kemarahan.

Tapi malam raya tu aku jadi sejuk, dalam kepanasan cuaca dan keadaan kat dapur, dalam kesibukan menggulai kambing, aku jadi pasrah. Terpujuk aku dengan ayat-ayat tak munasabah cik abam sebenarnya, effort dia buatkan aku rasa terhibur. Masak pun relaxed dan happy, seronok ingat nak bagi orang makan gulai kambing air tangan sendiri. Malas nak bagi tugas tu kat bibik, dikhuatiri terlebih empuk dan tak menepati selera cik abam dan ayahnya. Muka tak glamor orang kat ceruk dapur, biasalah.. Berminyak bagai. Bau toksah tanya la, kan? Kambing lagi wangi.. Bila dah masak la. 


Lepas solat subuh dan mandi sunat raya, aku cepat-cepat siap nak kejar solat raya jam 8.30am. Jalan kaki je dengan adik ipar, cik abam dengan Junior dah mendahului kat depan. Masa melintasi dapur, bibik nampak lega bila aku pakai baju raya tu jugak. Sebab asalnya aku suruh dia gosok baju hijau lain, walaupun warnanya emerald dan bukannya military macam yang dia rosakkan tu. Kalau aku pakai baju emerald green, maka akan sedondon pulak dengan bibik. Baju kurung yang dia pakai tu sebenarnya aku punya, beli ready-made kat Vietnam dua tahun sudah. Aku mintak tolong kawan kecilkan ikut saiz aku, tapi bila siap, sudahnya jadi saiz bibik. Dah rezeki dia. Bergaya habis la, kan? 


Dah namapun raya, takkanlah nak bermasam muka, kan? Aku maafkanlah dia, apalah sangat berbanding jasa dia menyediakan juadah iftar dan sahur sepanjang Ramadan..! 


Betul cakap cik abam, tak nampak pun baju tu rosak. Tapi aku tau memang rosak, tak payah la nak suruh aku lupakan fakta sebenar. Cuma aku ni orang yang objektif dan tau nak kawal perasaan, tengok waktu dan keadaan. Fokus je pada yang lebih penting, iaitu berhari raya dan jangan sekali-kali rosakkan mood orang lain hanya kerana mood aku kurang baik. 


Lagipun, kita kan kena bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan? Orang lain ada yang takde baju raya pun, aku punya rosak bukan sampai koyak ke apa, takkan la nak buat demonstrasi jalanan mohon Bersih bagai? 

Apa-apapun, hidup mesti terus! Terima kasih sudi baca, dan carilah sebab untuk tersenyum di sebalik segala kekurangan. Dongak ke langit, jangan pernah lupa rumput di bumi. Take care and see you soon! Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.







Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan