Never-Ending Shawl Stories ~ Inspirasi Elfira Loy

Assalamu'alaikum. Shawl-styling is a work in (constant) progress, don't you guys agree? At least that's how I see it, from my humble glasses. Cuma bagi aku, tengok mood dan keadaan, selalunya lilit je la shawl ikut cara yang paling suaimanfaat, a.k.a sesedap oren. Nak cepat sangat, pakai inner dan selempang shawl, terus jalan. Situasi macam tu selalunya berlaku sebelah malam ataupun saat-saat genting yang mana aku dihambat waktu bak bom jangka.


Lately aku banyak waktu terluang, nikmat manakah yang boleh aku dustakan? Alhamdulillah. Sebelum datang waktu-waktu puncak yang merempit kitaran jam, moleklah kita berlenggang-lenggang kangkung belajar lilit shawl cara terkini. Padahal orang lain dah makan tahun pun lilit shawl style 'Elfira Loy' bagai, aku je takde mood nak ambik port. 

Satu malam tu aku terlebih minum kopi, mata dah segar-bugar, tengok budak-budak muda duk upload dalam instagram OOTD lebaran, teringin pulak try lilit shawl macam depa. So, aku pun tersedut-sedut la macam siput mencuba.  Esoknya aku pakailah macam tu...


Pagi elok lagi, dah lepas solat Zuhur dan terkejar-kejar nak jumpa orang, bila pakai semula dah berubah kekdahnya, lantaklah ko labu..! Janji nampaklah jugak kelainannya daripada biasa, ada kemajuan la konon, kan? 


Petang tu jumpa sepupu aku, lepak-lepak minum kopi sambil mengumpat dan menganyam ketupat dosa. Lepas solat Maghrib, berubah lagi keadaan pemakaian shawl aku. Aduh la Mak Long Nai oi... Tak konsisten betul la awak ni..!


Cuma aku dah dapat sikit rentak dan irama lilitannya, takde la terhegeh-hegeh dan terkial-kial tak ingat punya. Ye la, dah kertu nak jugak ikut trend semasa gitulah kekdahnya, apa nak buat, layankan aje ler.. Janji tak kacau hidup orang sudah.  


Itu pasal lilitan inspired by Elfira Loy, franchise entry di bawah tajuk #shawlstories aku. Nanti aku cerita pasal vintage tudung empat segi pulak next entry. Mula-mula nak sekalikan aje, tapi bilanya nak habis entry kalau macam tu, kan? Esok-esok la pulak, kot ya pun..

Terima kasih banyak sudi singgah kat sini, jaga diri hiasi peribadi. Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.












Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan