Nuffnangx

Wednesday, 13 July 2016

Kisah Selepas Raya : Hidup Mesti Terus

Assalamu'alaikum. Lepas cuti raya, apa yang terjadi kepada kita semua? Berat langkah kaki, berat hati dan berat badan nak kembali berkuliah ataupun bekerja! Heheheh. Agaknya  itulah salah satu daripada hikmah saranan berpuasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal. Takde la kita jadi macam orang kebulur bila tengok makanan ataupun tak cukup haribulan bila nikmati makanan. Dan takde la kita kembali kepada fitrah dengan nafsu yang tak terkawal, takde la kita malas dan hilang fokus segala bagai..


Anyways, aku balik KL pagi hari Isnin, kebetulan sekolah Junior bukak hari Selasa. Kira kasi peluang la kat dia melepaskan rindu dendam main game dan mercun sampai lebam dengan sepupu-sepapat pujaan hatinya. Adik-adik pun pakat ambik half-day ataupun Emergency Leave, suka hati depa la kan. Aku ni pulak kerja memang sentiasa on walaupun kononnya bercuti ke beraya ke, standby dan on the go. Sebelum bergerak ke KL pun aku sempat check dan vet satu afidavit melalui telegram. Takde life, kan? Itulah nasibku...


Petang Isnin tu aku ikut Ida pergi Aeon Wangsa Maju, teman dia belikan pencuci muka untuk bonda. Kalau dah terlepas ke situ, tak sah kalau tak merewang ke Nose, Belle ataupun Padini Store. Masa Ida dalam fitting room, aku sempat sambar satu baju dan pergi bayar cepat-cepat, malas nak balik rumah nanti duk teringat-ingat sebelum tidur. Ida terlupa aku puasa, kesian dia terkocoh-kocoh nak pecut balik rumah bila aku ingatkan dia. Tapi takpe, dia ada air mineral dalam kereta, cukuplah buat aku basahkan tekak. Alhamdulillah. Alah, dekat je pun nak sampai Setiawangsa dari Wangsa Maju, dah pulak anak dara tu bawak kereta macam dikejar hantu! 


Selasa aku dah start jumpa orang macam biasa, nun di Encorp Strand Mall, Kota Damansara. Jakunnya lahai.. Tak tau pun wujud shopping mall sebesar tu kat sana. Kesian, kan? Heheh entah apa-apa la aku ni! Sedang elok orang yang aku jumpa tu habis kerja jam 6 petang, borak gedebak-gedebuk sampai la sejam lebih, aku bangun beli tall latte dan Nutella Marble cake, mintak izin dia untuk bukak puasa. Dah habis dah sesi nasihat dan pandangan undang-undang, tapi dia nak jugak teman aku minum. Cuma ye lah, aku tak boleh berlama-lamaan, nak kejar Maghrib dan balik rumah di daerah lain, kan? Aku berenti solat kat Petronas on the way home, takde la sampai terlepas waktu pulak. Sampai rumah dekat 9am jugak la, pening-pening lalat sangat tak bermaya seluruh anggota. Aku tidur dengan baju kurung bagai sampailah jam 11.55pm, tu pun nasib baik Junior kejutkan untuk bersalam sebelum dia masuk tidur. Sengih je daddy dia. 


Hari ni pulak aku ke Jalan Masjid India, cari sejadah dan kain pelikat nak bagi hadiah perpisahan kat sorang kawan yang nak balik negara asal dia. Gila kejap aku masuk kawasan tu, ambik peluang beli sejadah baru untuk bilik kat ofis dan bilik kat rumah, beli stoking tangan dan kaki jugak. Dan singgah Jakel, cari kain lining untuk songket lilac aku yang bakal dijadikan skirt potongan A. Yang tu paling kelakar, sebab aku tak tahu langsung Jakel dah setahun pindah bangunan bapak gedabaknya kat seberang jalan! Terkebil-kebil aku macam rusa masuk kampung, blur maha hebat sebab Jakel 'ghaib' dari tempat asalnya. Takut tersesat dalam terang, aku lepak kat suraunya yang sangat besar dan selesa, mengalahkan ruangan solat kat mana-mana hotel dan bertaraf masjid ataupun surau pada pandangan aku. Alhamdulillah... 


Haa.. Dua gambar ni yang atas, takde filter: muka habis mekap dan kat bawah dengan filter bertajuk Juno dalam Instagram, sesuai la nak bagi muka nampak bersolek, ken? Itu lepas balik rumah, ambik gambar nak tunjuk kat kawan, betapa warna sejadah yang aku pilih memang favorite tone aku: silver blue. Masa bertunang 14 tahun dulu pun baju aku warna silver blue..


Lembut dan manis warna tu, bagi aku. Sedih pulak nak say goodbye. Takpe la, panjang umur murah rezeki, ada jodoh pertemuan, boleh la jumpa lagi..


Ok la korang, lain kali cerita lagi. Terima kasih sudi baca, take care! Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.








2 comments: