Shawl Stories ~ Tudung 4 Segi (Bawal)

Assalamu'alaikum. It's a noisy weekend by far at my end, how about yours? Seawal jam 6.30am aku mulakan hari dengan mengayuh basikal statik pujaan hatiku itu, rindu pulak nak exercise (tipu). Bukan tak tahu risiko paling besar lepas bulan puasa dan sepanjang 'minggu rumah terbuka' kat Lembah Kelang ni, lagi mahu tanya! Ini pun tengah mencongak-congak nak pergi ke tidak open house kat Datuk Keramat tengahari nanti. Dah jiran pulak jemput majlis aqiqah cucu dia, pun waktu yang sama. Itu confirm kambing akan ada depan muka, takkan nak nyanyi saje, mesti sedap makan..! 

Panjang pulak intro kali ni, ya? Itulah, terlebih produktif kadang-kadang manusia ni. Aku nak borak pasal tudung bawal sebenarnya. Sekarang aku dilanda 'badai bawal', empunya badan sendiri pun tak pasti kenapa. Faktor cuaca, aku rasa. Ye la, bawal kan kainnya lembut dan sejuk. Warna pun manis-manis puding mangga gitu.. Sesuai nak dipadankan dengan segala jenis baju. Aku start pakai masa minggu kedua raya, time balik Terengganu dari KL. Maka bermulalah hashtag 'tudung bawal' dalam diari instagram aku... 


Beraya rumah Dini kat Dungun hari Sabtu keesokannya, aku pakai tudung 4 segi kain sifon (kepunyaan bonda sejak lebih sedekad yang lalu). 


Masa nak balik KL semula hari Isnin, aku pakai tudung yang sama je macam kat gambar pertama tadi. Tukar inner dan gaya lilit je, dah nampak semenggah.


Selesa sangat-sangat sepanjang waktu kain cotton yang lembut itu menyentuh wajahku, chewaah..!


Rabu malam baru ni pulak aku ambik bawal warna putih yang sekian lama tersimpan dalam almari, try dulu macamana nak lipat dan lilit bagai. Puas hati dengan hasilnya, esok bangun pagi aku gayakan tudung tu pergi kerja kat Jalan Duta. Walaupun aku alas dengan instant hijab warna putih kat dalam, langsung tak rasa panas sepanjang hari. Itulah satu lagi kelebihan tudung bawal.


Kalau shawl nak alas-alas bagai jenuh ler kepanasan luar biasa, dah pulak nak layer dengan blazer dan kemudian jubah hitam. Oh, memang tak ler..!


Semalam Jumaat kan? Haa.. Aku pakai salah satu tudung bawal personal favorite aku, warna peach. Elok je masuk dengan saree tu, kan? Pada pandangan aku la, kan? Kalau korang rasa tak sesuai tu, tak dapek den nak nolong..! Hehhe.


Oh, ya. Itulah baju yang aku cerita kat SINIhttp://takpeje.blogspot.my/2016/06/raya-saree-sedunia.html aritu, ingatkan kebarung, rupa-rupanya kebaya! Punyalah tak pernah pakai, sampai terlupa jenis baju, kritikal betul! Anyways, akhirnya aku berjaya jugak bawak keluar dari almari dan pakai baju tu dengan penuh rasa keinsafan. Itu yang pagi-pagi dah kayuh basikal tu, korang. Adeh.. Dah umur 4 series ni susah betul nak jaga bentuk mukabumi abdomen yang membesar bagai johan. 


Hari ni pun cadangnya nak pakai tudung bawal lagi, jangan marah nanti kena jual..! Okay la, aku nak siapkan kerja sikit. Jaga diri hiasi peribadi, nanti kita jumpa lagi. Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.














Comments

  1. kak nai rinduuuu nye lma x terjah sini slmt hri rya... Serius ke dh 4 sieres nmpk mudaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rindu awak jugak, deq...! Lama tak update blog, kan? Selamat Hari Raya.
      Ye ler dah pat plo weyy...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan