Nuffnangx

Monday, 11 July 2016

Raya Selagi Terdaya, Recycle Baju Cotton.

Assalamu'alaikum. Katanya ada entry sampai raya ketiga je, kan? Betul la, setakat hari entry pertama dan kedua dimuatnaik. Raya kedua tu mak dan adik-adik balik Terengganu, beraya kat sana pulak. Kami tiga beranak tak ikut, lepak je kat Temerloh dengan bibik sekali. Itu yang masa bagai terhenti seketika. Raya ketiga tu lepas solat Juma'at kami bertiga pergi nak jenguk adik lelaki bongsu arwah atok, yang aku panggil 'Aboh'. 


Raya pertama mak dan adik-adik dah pergi jenguk dia, tapi aku kat kampung mertua masa tu. Sayu je hati aku tengok gambar yang mak kirim kat whatsapp, tak sabar nak jumpa Aboh. Dia kena langgar lari dek mamat motor depan kedai runcit dia, memang terkutuk nak kena sambar petir la orang tu buat warga emas macam tu! Lepas tu kesihatan Aboh jadi terganggu, ye lah umur pun dah senja benar.. Logik la. Keluar masuk wad dah, aku je tak sempat-sempat nak ziarah. 


Elok je aku sampai rumah dia, Aboh dah dibawa ke unit kecemasan, muntah darah bila masuk makanan, tapi keadaan stabil kata anaknya, doktor masukkan air dan dapat rawatan pesakit luar. Lega sikit aku dengar. Dah macam tu, aku pergi jenguk mak sepupu la pulak kejap, nak round satu kampung dah petang sangat. Lagipun aku bukannya gemar sangat round beraya ni, tak senonoh betul! Daripada balik rumah mengadap kami bertiga aje, cik abam ajak pergi ke bandar Temerloh, carik minum petang. Dengan baju kurung kain cotton pink itu aku lepak kat Secret Recipe secara berjema'ah.


Raya ke-4 mak dan adik-adik sampai dari Terengganu sebelah malamnya. Esok kami sambung beraya bersama-sama. Seronoklah aku anak sedara tercinta dah balik, ye lah lama dia di rumah nenek sebelah mak dia di Terengganu, sejak seminggu sebelum raya. Dia pun berkepit je dengan aku, sampai nak pakai celak kat kening pun terconteng-conteng, sebab dia sibuk tutup lampu. Aku pakai baju yang sama, tukar tudung je, maklumlah kejap je pakai baju tu masa raya ketiga. 


Adik bongsu mak kebetulannya baru balik dari beraya di Pasir Mas, Kelantan, jadi kami berkumpul la kat rumah dia. Aku dah start puasa enam, tapi takde hal pun kulu-kilir beraya. Bukannya jalan kaki, naik kereta, takde letih ke penat bagai. Adik ipar mak, yang aku panggil Che Su, nampak happy sangat-sangat sepanjang kami kat rumah dia. Sporting Che Su ni, layan je kami ajak bergambar.


Dia kalau bercakap tak pernah lekang daripada senyuman. Kalau bergambar pun macam tu jugak... Senyum seindah suria setiap masa.


Ayah Su aku otai, pergi ambik singlet je pakai bila kami sampai. Aircond rumah dia habis gas, kepanasan la tu. Masa tu la aku pergi singgah kejap rumah Aboh, yang letaknya betul-betul seberang rumah Ayah Su. Ya Allah, aku memang kumpul segala kekuatan menahan air mata masa borak dengan Aboh. Itulah satu-satunya lagi atok yang aku ada, sejak arwah atok meninggal tahun 2000 dulu. Banyak cerita yang dia nak kongsi dengan aku. Masa salam dan peluk dia sebelum balik, terasa itulah kesempatan terakhir kami berjumpa. Dan aku takkan ada rasa ralat, sebab aku tau dia tau, betapa aku sayang kat dia. Eh, lamalah aku kena tahan sebak di dada, walaupun tengah beraya rumah saudara yang lain lepas tu.


Aku tak macam mak, rajin keliling kampung beraya dari satu rumah ke rumah. Aku lebih private dan memilih saudara yang memang rapat betul sejak kecik, tapi aku akan cuba untuk perbaiki lagi social networking di kalangan saudara-mara. Mudah-mudahan dilorongkan jalan untuk merapatkan ukhuwah dan menyambung silaturrahim antara kita sesama Muslim. Ameen. 

Sampai jumpa, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.













No comments:

Post a Comment