Nuffnangx

Sunday, 10 July 2016

Rumah Sukan Merah: Aidilfitri Nan Mulia

Assalamu'alaikum. Oh, jangan bimbang.. aku takde entry untuk direct sebulan Syawal! Aku pakai baju raya sampai raya ke-3 je, kan aku dah bgtau kat SINI?  Ini adalah entry untuk raya kedua, yang mana kami #rumahsukanmerah ~ suratan atau kebetulan; majoriti pakai baju warna merah.

Aku dari kampung mertua, memang pakai tema merah siap-siap. Kalau Junior, dia yang pilih sendiri t-shirt lengan panjang tu seminggu sebelum raya kat Parkson. Cik abam pulak aku sengaja pilihkan warna-warna baju yang boleh match dengan baju-baju raya aku. Tapi bonda, memang kebetulan betul dia pakai baju warna merah jugak. Masa aku sampai pagi raya kedua dari Kuantan ke Temerloh, dia tengah solat dhuha. Cantik kan, dia pakai shawl? Haa... Akulah yang pakaikan. 


Macam biasalah, aku nampak macam menantu dan cik abam nampak macam anak. Nasiblah.. Aku dapat gene cina Siam arwah moyang. Mak pulak dapat gene Pakistan datuk dia. Cik abam keturunan India. Kat mana Melayu aku ni? Duk sibuk nak halau menteri tu balik Indon la, mantan PM digelar mamak bendahara la.. Kita kat Malaysia ni siapa sangat la pure Melayu entah? Hatta pribumi dan orang asli pun dah campur segala bagai bangsa dan keturunan! 


Anak aku nampak macam Chindian dah tu, boleh? Heheheh.


Ida pulak banyak ambik gene Pattani sebelah ayah aku, kot?


Apih ni ha, dah nikah dengan keturunan cina, tu dalam perut wife dia, keluar nanti entah nampak macam Jepun, aku tak tau! Macam rojak pasemboq betul family kami ni, korang..! 


Anyways, raya kedua kat Temerloh ni family sebelah bonda akan berkumpul di rumah adik-beradik nenek di 'Tebing', ala.. Sepanjang sungai yang jadi sangkar ikan patin tu. Satu-satunya batch nenek yang masih tinggal adalah Tok Chik, 82 tahun. Sebab dia sangat otai dan ohsem, aku bagi gelaran kat dia, The Optimus Prime. Semoga Tok Chik diberikan kesihatan yang baik dan kesempatan yang lebih lama untuk kami semua menumpang kasih. Ameeen. 


Sebelah rumah Tok Chik ni ada rumah suku-sakat dia yang dari dulu sampai sekarang sangat bersih dan anggun, dipenuhi pokok bunga yang rimbun dan segar-bugar. Tahun ni kami buat julung-julung kalinya berpanas-panasan di bawah terik mentari, posing baekk punya depan rimbunan flora itu. Ini barulah #kampungstyle dalam erti kata yang sebenar, tak gitu? 


Merahnya Mak Long Nai, you guys! Kain ni murah je, aku beli kat Vietnam dua tahun lepas. Macam jugak baju-baju lain, tahun ni aku tempah kurung/kebarung Pahang, termasuklah yang merah ni. Shawl tu aku beli kat Pasar Tani Setiawangsa masa gi beli bahan-bahan mentah bulan puasa, seminggu sebelum cuti raya. RM10 je sehelai, you guys! 

Bibik dan bonda pun dapat gak, apadehal murah dan cantik gitu, beli sepuluh baru berbaloi! Hahahah. Inner tudung warna shocking pink tu pulak, dah 3 tahun aku duk ulang pakai, dah lunyai pun. Dan handbag tu, memang dah dalam koleksi buat kesekian lamanya. Spek tu pun dah tunggu masa nak kojol, spring nya ala-ala mogok tak dapat gaji setahun. 


Ida tahun ni lagi parah, takde beli apa pun nak raya, kecuali lipstik baru kat Sephora. Dia match-make baju-baju lama dalam almari; shawl tu aku punya, pun beli kat Pasar Tani Setiawangsa. Brooch daun oversized tu aku beli satu set (ada 3 keping) untuk Ida dan satu set untuk aku, tapi dia je yang pakai. Aku takde maknanya nak pakai sejak kebarung hijau aku dirosakkan bibik aritu, biar je la daun emas tu duk dalam beg dendiam. Sampai seru besok aku pakai.


Gambar bawah ni, Ida ambik masa beraya kat rumah adik arwah atok, Wan Alang namanya. Rumahnya yang uzur ada hiasan dinding yang sangat hipster, dah macam kat Uzbekistan pulak carpet dilekatkan di dinding. Sesuai la dengan kami bertiga yang Rumah Sukan Merah tu, kekdahnya. 


Banyak jugak ambik gambar tahun ni, kira ok lah kan? Nanti balik KL sambung ambik gambar sampai lebam, #teamrayakl pulak. Macam-macam hashtag dah ada dalam entry ni ha! Baik aku berenti kat sini dulu, lain kali cerita lagi. Take care and see you soon! Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.














No comments:

Post a Comment