Air Tangan Ibu Yang Mahal Harganya

Assalamu'alaikum. Hari ni adalah Jumaat yang sangat padat, bilamana aktiviti bagi diri ini telah bermula seawal jam 6 pagi. Memandangkan anak bujang balik sekolah selepas solat Jumaat, aku selalunya akan mengehadkan kerja sehingga jam 1 petang, solat zuhur dan terus drive ke Gombak. Hari ni lain sikit, sebab aku bekerja di dapur selepas menguruskan apa yang patut berkenaan ofis, dalam jam 11.05 pagi kelibat aku merata-rata di dapur. Sejak ada kombinasi Tefal Actifry untuk menyediakan sayur dan Ewant Pressure Cooker untuk lauk-pauk, aku memang hari-hari bersilat di dapur, untuk lunch, tea-time dan dinner. Tak kisahlah jam berapa pun aku sampai ke rumah pada sebelah petang, kalau pakwe ada, aku akan menggunakan peluang yang ada untuk lepak bersamanya. 


Macam petang semalam, walaupun aku sampai rumah dah jam 6.30, tetap dengan senang hati menggoreng wedges dan frozen squids tanpa setitik minyak untuk hidangan minum petang. Tak payah kacau bibik yang tengah lipat kain kat atas, aku je buat semua menda kat dapur. Dah siap, panggil anak join mummy daddy makan bersama-sama. Pakwe aku memang appreciate cara aku hidangkan juadah minum petang, jauh la bezanya dengan cara bibik, kan.. tapi ye lah, orang tu bukannya bini dia, tak guna nak expect layanan 1st class bagai. Menda-menda tu kami berdua dah lama paham dan takde nak jadikan hal, orang dah banyak bantu buat kerja rumah pun dah seribu rahmat.


So, berbalik kepada cerita hari ni. Dari malam tadi aku dah ada menu untuk lunch, dan itulah yang aku laksanakan tanpa berlengah mahupun bertangguh. Maklumlah, masa agak suntuk untuk dibazirkan dengan berlenggang kangkung. Aku perap ayam dengan rempah ratus ala briyani, diubahsuai serba sedikit dan biarkannya mesra dalam dakapan mangkuk jeluk kat atas meja. Sementara tu, aku stim ikan mackerel yang adik aku baru beli dari Aeon Big Wangsa Maju, tak sempat masuk fridge lagi, dah selamat aku ambik seekor. Saja nak try sedap ke tak stim ikan biasa-biasa dengan menggunakan pressure cooker. Bawang besar, bawang putih dan halia aku goreng dulu dengan dua sudu minyak dalam Tefal Actifry selama 4 minit, barulah aku stim bersama dengan ikan.


Hasilnya, hidangan tengahari aku hari ni memang tak menghampakan langsung. Ikan biasa-biasa pun ternyata sedap nak pitam bila stim dengan pressure cooker, okay? Ayam yang diperap dengan rempah ratus dan herba itu pulak, sangat mengujakan. Mak dan bibik kata, lagi sedap daripada ayam tandoori yang aku masak hari Selasa baru ni. Ok la tu, alhamdulillah... banyak manfaatnya ada modern equipments sebegini rupa. Semoga kekal istiqomah dalam mencuba segala macam resipi dan menu baru, Insya Allah. Ada sayur sebenarnya, tapi tak sempat ambik gambar, sibuk rapat menyuap ke mulut dan berkejar ke Gombak lebih kurang jam 1.50pm. Lapar sangat tak tahan, aku makan dulu lepas masak dan solat kemudian bila dah balik ambik anak. Pecut kereta toksah cakaplah, 15 minit pergi dan 15 minit balik. Dah pulak bila anak bagitahu dia lapar, lagilah nekad aku menekan minyak.


Anak aku dari dulu selalu bagitahu hasratnya nak makan masakan mummy setiap hari, sebab katanya masakan ibu adalah yang paling lazat di dunia. Hurmm... setakat ni dah seminggu mummy dia menunaikan hasrat itu, bukan main semangat dia turun mengadap meja makan. Ye lah, kalau dah mula waktu-waktu yang memerlukan aku ke sana ke mari, takkan mungkin mampu aku duplicate diriku ini di dua tempat yang berbeza. Makanya, sementara masih ada ruang dan kesempatan, aku rebutlah peluang ni. Usahkan anak, mak aku pun semacam je happy dapat makan air tangan Cik Puan TPJ ni ha, ko rasa? 


Gitulah ceritanya hari ni, terima kasih sudi baca sampai habis. Jumpa lagi lain kali, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Orang Malaya di Osaka : Kansai Trip

Teaser : Jejak Kansai Junior

Jubah Hitam dan Tudung Bawal Satin