Nuffnangx

Monday, 17 July 2017

Masa Berkualiti & Makanan Nan Meletup

Assalamu'alaikum. Dah kembali bekerja hari ni, sila tingkatkan prestasi dan lebarkan senyuman, ya... Pada yang masih tak menang perut memenuhi undangan majlis terbuka, bertabahlah jika diet anda masuk kategori balapan mahupun marathon. Aku tahun ni takde peluang sangat nak ke rumah terbuka, banyak benar uzur syar'ie yang melanda. Semalam hari Ahad aku dah raya, Alhamdulillah... duk rumah je satu hari, meraikan adik-beradik yang berkunjung. Agendanya makan, makan dan makan sampai ke malam. Petang acara goreng-goreng wedges, fries dan squids menggunakan Tefal Actifry Original yang aku beli dari IG GerobokUKShoppe, berbulan-bulan tunggu baru dapat lepas cuti raya aritu. Segala frozen food sekarang dah tak payah guna minyak masa menggoreng, memang berbaloi-baloi! 


Hari Sabtu sebelumnya pulak, aku dengan dua orang Hero hidupku itu turun ke KLCC dalam pukul 6.30pm, naik grab je, takde makna nak bawak kereta zaman sekarang, dengan parking yang mahal macam bedil segala. Biasanya lama la jugak nak sampai makanan, jadi kami terus order sesampainya di Madam Kwan's dalam pukul 7pm gitu. Eh, awal pulak sampainya, bawah sepuluh minit tak silap aku. Mak ai... biarlah orang tak puasa makan dulu, aku tak seronok pulak nak melopong kat depan Nasi Bojari yang dah lama dirindui. Mungkin sebab hari terakhir berpuasa, tak berapa kuat nak mengambil bau, heheh.. dah la sempat minum secawan air masak je masa sahur. Aku angkat kaki kejap, lepak kat luar, sementara menunggu pukul 7.30pm.. lewat dah waktu Maghrib sekarang, kan? 


Banyak aku makan, walaupun tak habis sepinggan sebab perut dah mengecik gamaknya, tapi masih dikira sangat banyak dalam keadaan aku yang dah lama makan sikit ni. Alhamdulillah... kenyang macam nak meletup perut! Nasib baik ler perjalanan menuju ke surau selepas tu boleh tahan jauh dari Ramlee Mall tingkat 5 ke Concierge, boleh ler membakar kalori apa yang patut. Belum lagi campur perjalanan menuju ke TGV kemudiannya. Kira ok la tu, Kak Temah oi...


Kali ni ketepikan bajet lebih sket untuk menghabiskan masa dengan insan-insan terkasih, dah lama lagipun tak masuk panggung Beanie, budak bertuah tu semestinya memilih nak duduk sorang. Huntong laaa... Tengok cerita Spiderman: Homecoming. Aku tak suka sangat, budak-budak sangat, tapi anak aku bukan main lagi suka, dah nama pun budak. Aku dengan daddy dia yang mak & bapak budak ni mana ler nak enjoy sangat tengok cerita macam tu. Sesuai la dengan umur Peter Parker dalam cerita tu, kan, budak 14 tahun baru.. nak expect apa sangat. Tinggal lagi, moral values nya bagus... ikut mana pun, belajar elok2, jangan jadi 'school dropout' hanya kerana nak mengejar impian dan minat. Kena belajar sampai masuk kolej, kalau kat tempat kita, masuk U ler tu, kan? Jadi, menda tu la yang aku highlight kat Junior lebih habis cerita. Ntah paham ke idok budak tu.


Korang tau, balik tu boleh pakwe aku ajak makan lemang cicah serunding? Meletup, memang ler meletup, sama meletup dengan diet yang nampak gaya sangat susah nak dikekalkan momentum. Heheheh. Tapi rugilah kalau lemang pun nak tolak, gila ke apa? Yang penting, kuantiti air jangan sesekali dilupakan, sekurang-kurangnya boleh membantu untuk membakar lemak dengan lebih mudah. 


Okay la, terima kasih banyak sudi baca sampai habis. Petang ni rasa nak gi beli lemang lagi, boleh?  

~ Nai at Tak Pe Je.




No comments:

Post a Comment