Nuffnangx

Saturday, 15 July 2017

Selain Lapar & Dahaga, Pahala Yang Dirindui

Assalamu'alaikum. Semalam adalah hari yang amat mencabar bagi diriku ini, berpuasa dalam keadaan yang letih dan lesu sambil perlu meneruskan rutin harian macam biasa. Memandangkan aku dah berniat nak melengkapkan puasa 6 dalam minggu ni yang tinggal lagi 4 hari, maka aku nekad nak teruskan jugak dari hari Rabu hingga hari Sabtu, berturut-turut. Cuma ada sikit masalah, sebab aku takde selera makan masa bersahur dan berbuka puasa. Masa sahur, sejak hari Rabu aku lalu makan roti je, itu pun bercinta nak habiskan sekeping. Dah masa berbuka, makan nasi sesenduk pun tak kuasa nak telan. Itu yang penat sangat tu.. kerja pulak berlambak nak diselesaikan, dan jemput anak pulang pergi sekolah tetap diteruskan.


Anak bertuah nak ajak aku join jamuan hari raya sekolah tengahari semalam sebelum solat Jumaat, tapi aku terpaksa tolak sebab nak sangat habiskan hari kelima dengan jayanya. Nasib baik dia faham, kalau tak jenuh jugak tertunggak lagi sehari.


Malam tadi duk buat overhaul email lama, tengok baca 'Unread messages' tahun 2007 dan 2008 kebanyakannya, banyak jugak gambar kenangan yang takde dalam simpanan ada kat attachments. Salah satunya gambar dalam kereta kabel dengan Junior kat Langkawi, masa tu dia baru 3 tahun.. 10 tahun yang lepas, dia masih di ribaanku. Nostalgia yang membuatkan hatiku bercampur baur dengan macam-macam perasaan. Banyaknya yang dah aku lalui dalam tempoh sedekad ni, syukur Alhamdulillah atas segala rahmat dan nikmat yang Allah kurniakan. 


Hanyut dalam gambar-gambar yang penuh memori suka-duka, membuatkan aku jadi lapar, malam-malam buta dah lebih pukul 12 aku duk makan biskut Danisa yang bersisa atas meja, sebelum tidur lebih kurang pukul 1 pagi. Alarm clock memekik tepat jam 5.15 pagi untuk aku bangun bersahur hari terakhir puasa sunat Syawal, tapi boleh aku terlelap balik separuh sedar. Bangun-bangun, dah nyawa-nyawa ikan waktu nak habis, sempat la aku minum secawan air masak dan solat subuh. Mak ai.. nasib baiklah dah makan jugak biskut berkeping-keping sebelum tidur, kalau tak mau terlepek mak, Nyah!


Lepas tu aku ajak bibik pergi pasar tani, cari lauk sikit restok bekalan dalam freezer. Seronok bukan main bila ingat esok dah boleh raya, Alhamdulillah. Malam ni nak bukak puasa kat KLCC sebelum tengok wayang dengan junior dan cik abang terkasih. Bajet nya order makanan pukul 7, makan sebaik saja masuk waktu Maghrib, solat dan bertiga-tiga dari kiri cepat jalan menonton Spiderman. Ni dah kena berenti dulu, solat Asar. Korang semua selamat berhujung minggu dan terima kasih tau sudi baca. Have a blast! Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.



No comments:

Post a Comment