Nuffnangx

Saturday, 8 July 2017

Kembali Ke Dapur di Lembah Kelang

Assalamu'alaikum. Balik KL selepas cuti raya masa orang masih gigih beraya di kampung bermakna korang kena 'make-do' dengan apa saja bekalan bahan mentah yang ada kat dapur. Nak restok segala bagai memang takde kedai yang bukak, nak makan kat kedai apatah lagi. Melainkan korang tak mencari yang halalan toyyiba, of kos. Bagi kita-kita kebanyakan ni ha, korek ler apa yang ada dalam peti sejuk tu Senah oi.. janji boleh dijadikan lauk untuk mengisi perut yang kosong. Bagi yang bujang, kemungkinan besar akan mencapai maggie cup ataupun maggie ketul, rendam 5 minit siap. Bagi yang berstatus ibu macam aku ni takkan ler nak buat gitu, kot ya pun nak mudah... takkan ler, kan? Melainkan suami korang mengidam maggie, tok sah la penyegan nau2... bawak2 ler sememeh sikit hidangan tengahari tu. Aku tak terkecuali dalam hikayat ini, maka apa yang termampu aku hidangkan adalah singgang ikan tongkol Terengganu style, cencaru sumbat dan sambal belacan. Sila makan janganlah segan... 


Takde sayur la tapi, sorry la ya, wahai boyfriend lamaku. Nak dijadikan cerita, bila aku pegang periuk dan kuali kat dapur, tekak aku jadi kembang macam maggie terlebih rendam. Adoi, geli la weh, berminyak-minyak dan hitam legam segala. Gigih ler mem menyental sebelum mula beraksi dengan bahan-bahan mentah. Nak suruh bibik dah tak kuasa, kalau orang ikhlas buat kerja, tak la perlu kita ulang sejuta dua perpuluhan sembilan kali. Dah alang-alang kita cerewet sangat kan, sendiri bikin ler, apa susah? Bibik kejap2 jeling, kejap2 melintas, tapi aku takde 'ih' takde 'ah' menda pun, tekun menyental periuk dan kuali tanpa menunjukkan apa2 reaksi, tanpa mendedahkan apa2 emosi. Orang kalau kenal aku betul2, depa akan rasa seram sejuk kalau tengok keadaan macam tu. Tandanya naga tengah mengawal gelodak namanya. Tapi apa ada hal, naga ni payah nak hilang kawalan...


Tinggal lagi, aku kena selesaikan dua tiga menda lain selain periuk dan kuali. Makanya aku tak sempat nak betul2 sempurnakan cela di celahan tudung periuk, bimbang gelodak itu terlebih suhu pulak, payah nak buat damage control karang. Petang tu aku tengok bibik tertunduk2 kat sinki menyental kuali lain, oooo... tau takut! Ok la tu, paham pun.. bagus, tak sia-sia naga mengawal gelodak jiwa. Kadang2 cakap banyak takde makna, baik kita tunjukkan sejelas mentari, senang cerita.


Nampak kan cela kat celahan tudung periuk tu? Memang kotoran degil tahap dewa langit ketujuh tu, nak bagitau korang. Dah senang2 sikit, aku siap kerjakannya dengan hujung garfu dan pisau, kasi kikis baik punya. Aku kalau dulu2 duduk kat dapur, memang tak terlayan menda lain, ataupun orang lain, sebab aku ni kan cerewet, OCD segala bagai, buat kerja tak suka separuh jiwa, bedal aje asal siap sudah, takde macam tu. Aku buat apa2 nak sempurna, sehabis baik. Sebab tu la pakwe carikan bibik, supaya aku boleh melayan menda lain, melayan orang lain. Faham2 je ler, kan.

Tapi itulah dia, rumah kita, barang2 kita, orang takkan sanggup jaga macamana kita jaga sendiri. Nak expect lebih2 buat penat otak je, jadi mana yang boleh kita buat, kita buatlah sendiri. Kalau orang rasa nak dengar dan ikut cakap kita, depa buatlah ikut kepimpinan melalui teladan. Kalau tak, toksah duk terbeban dengan menda2 kecik gitu, sila turun padang dan sinsing lengan, buatlah sendiri elok2. 

Apa2 pun, hati mesti mau baik. Senyum mesti mau lebih. Barulah bleh jadi Yang Paling Manis macam Fazura. Heheh tetiba.

~ Nai at Tak Pe Je.


No comments:

Post a Comment