Nuffnangx

Thursday, 20 July 2017

Ligat & Pantas Di Dapur Dengan Tefal Actifry Original 1.2kg

Assalamu'alaikum. Hari ni aku dah siap pakai cantik-cantik, nampak ada missed call daripada mak, bila ditanya katanya dia kejang belakang. Aku turun jenguk dia dalam bilik, sapu losyen susu kambing gamat dan urut belakang mak, beriya keluar angin. Dah lega tu, aku suruh dia baring dan berehat, sementara aku ke dapur siapkan sayur, terasa lapar la pulak. Biar cepat boleh makan, aku buat sendiri je, guna Tefal Actifry pujaan hati. Sebelum ni belum pernah cuba masak sayur guna Actifry, tapi sejak aku download app resipi malam tadi, berkobar-kobar semangat nak mencuba.


Tak sampai 15 minit, dah siap sayur yang rasanya sangat ohsem lagi memuaskan hati.


Nak buat sebijik macam resipi, aku takde cukup bahan, jadi aku gunakanlah apa yang ada dalam fridge, janji dapat merealisasikan percubaan pertama menyediakan sayur dengan periuk pujaan hatiku itu, kan?


Lengkap berbaju kurung dan berhijab hitam putih, aku berjaya menjalankan eksperimen dengan jayanya. Pergh... terbaik dari ladang!


Yang paling best, takde bau dapur melekat kat seluruh badan. Masa makan, hasilnya amat menyelerakan, hatta bawang pun aku boleh kunyah sekali, capsicum apatah lagi, kan? Makna kata, bukan sekadar rupa la ni, kawan-kawan... seindah rupa, begitulah indahnya rasa sayur itu.

video

Selesai di meja makan, bibik mintak aku try goreng ayam kunyit pulak, supaya senang lepas ni kami tau masa yang sesuai untuk mendapatkan hasil yang optimum, sebab Actifry ni kena guna sistem try and error. Kena selalu pantau keadaan, kalau tak memang hampa dan kecewalah jawabnya. Suhu semua tak perlu bimbang, dah elok factory setting bagai, tinggal adjust masanya aje. Cuma, setback utamanya adalah menda ni takkan berhenti secara automatik walaupun selepas masa yang kita pilih dah tamat. Kalau kita tinggalkan tanpa pemantauan, memang selamat ler lauk-pauk kita hangit segala.



Minyak sesudu je tau... guna sudu yang disediakan sekali dengan periuk Actifry. Aku set kan masa 22 minit, ngam-ngam je ayam kita masak dengan sempurna.


Memang jimatkan minyak tahap maksimum ler, dah nama pun guna sesudu jewww...!


Masak serata lagi sekata, hokeh... Pelik ke aku goreng ayam lepas selesai makan? Tak yah pelik, sebab aku memang mengelak daripada makan menda-menda bergoreng kalau ada peluang. Tadi kan aku dah makan nasi dengan sayur tu, lauknya adalah ikan panggang cicah air asam. Tomyam seafood pun ada, tapi aku memang takde niat nak makan pun, buat untuk pakwe jer. Seminggu dua ni bibik asyik masak menda berminyak je, bengang jugak aku, mentang-mentang ler mem dah bajet kurus. So, arini dah dapat warning letter, baru terkulat-kulat dia. 

Gitu je la nak borak pasal Actifry, lepas ni memang boleh try buat macam-macam, tengok dalam app resipi tu bukan main banyak lagi pilihan. Kalau korang terasa nak dapatkan menda ni, jenguk ler Instagram GerobokUkShoppe.. tunggu promosi, boleh dapat murah. Nak dapat cepat dan tak mau menunggu, boleh je beli kat sini, cuma sediakan bajet lebih ler, kan? Kalau beli cara IG tu, at least kita boleh berdikit-dikit ketepikan ongkosnya, maklum ler berbulan-bulan baru muncul depan mata.

Terima kasih tau sudi singgah dan baca sampai habis. Jumpa lagi lain kali, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

No comments:

Post a Comment