Kau Bawak Batu Ke Dalam Beg, Perempuan?

Assalamu'alaikum. Itu terjemahan kasar daripada tajuk "What's In My Bag" ya, kawan-kawan sekalian. Meh sini tengok perempuan tuan punya blog Tak Pe Je gendong apa kat bahu dia, meh. Dah kenapa dahi kau berkerut bebenor cik kak, panas ya? Siapa suruh selfie tengah-tengah panas, sila redah penuh pasrah la makanya. 


Pantang jumpa Daiso, mesti nak masuk walaupun tawaf satu round. Sebab? Saje carik menda-menda comel yang boleh buat tambah koleksi 'My Small Organizers'. Tempat sejuk haruslah muka takde kerut kekdahnya. Selfie lagi.


Ok. Nampak tu senyuman yang terukir sambil tangan menampung handbag? Habit, kawan-kawan, setelah berkurun lama kurahsiakan cintaku padanya. Heheh. Habit yang sekian lama duk tampung bawak handbag berat sampai bila bawak handbag tak berat pon tetap kekdahnya nak menampung jugak seolah-olah.


Jadi amenda dalam beg kau tu, perempuan? Soklan cepu gangsa yang selalu ditanya-tanya lagi. Takde la banyak sangat sebenarnya. Cukup la untuk kehidupan sehari-harian jauh dari rumah. Kira Home Away From Home yang bergerak dan dikelek merata-rata.


Pink travel organizer/kit yang comel ni aku beli aritu kat Ikea masa jumpa kawan-kawan yang kepala masuk air. Semua pon pakat beli jugak dengan iltizam meneladani Cik Puan Tak Pe Je dalam kesungguhan menyusun barang-barang. 


Yang paling aku suka, boleh zip baekkk punya demi kesejahteraan dan keselamatan rukun tetangga. Molek benar untuk kegunaan handbag aku yang ada dua tiga biji jenis tak de zip tu haa.. 


Ok. Kasi close up sket, kamera ya? Nak seluk dan curik purse aku dah kunci kat D-Ring atas tu, jadi boleh la kalu berminat nak curik buku nota pink aku tu. Fobia betul aku bab2 kena curik purse bila bawak handbag takde zip ni. 


Betul tak aku cakap tadi? Mana banyak sangat pon barang dalam beg aku.. Dah percaya? Takde batu pon..

Demikian saja. Terima kasih. :) 

~ Nai at Tak Pe Je.






Comments

  1. hahahhaa
    kemasnya handbag ko
    hand bag aku sepah2 hahahahha
    kadang2 nak cari barang sampai kena kuarkan brg2 baru jumpa

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan