Banyak Makan Semut Barangkali

Assalamu'alaikum. Tajuk tak sememeh betul, malas nak fikir macam tu la gayanya. Selamat hari Juma'at kawan-kawan, penghulu segala hari. Aku cuti hari ni, tak keluar ke mana-mana pon dan tak kuasa nak keluar, sebenarnya. Panas sepanas-panasnya cuaca kat luar, bahang terasa sampai ke dalam rumah. Memandangkan aku dah solat Asar dan takde nak check apa2 kerja langsung, moleklah aku update blog sementara mood berblog tengah ada. Aku gunakan gambar2 yang aku ambik dalam masa dua hari lepas, yakni hari Rabu dan Khamis. 


Hari Rabu aku ada appointment kat area Setiawangsa sampai lunchtime. Elok je sampai ofis, kawan aku si Adah ajak makan kat Wangsa Walk. Berangkut la dengan jaket segala pergi sana sebab ada nak jumpa orang dalam pukul 3.00 petang. Aku takde selera nak makan tapi takpe la, cream puff kat Pastryville cafe agak menarik untuk dijamah, peneman cappuccino yang menepati etika kopi bagi aku. Itu pon aku berjaya habiskan 2 ketul je, setelah dipaksa dengan susah payahnya.


Seminggu ni gigih la aku duk kelek handbag yang sama, sebab Neverfull ni memang sesuai dengan namanya, takkan pernah penuh : spacious lagi delicious dan yang paling bagus, ringan untuk dibimbit, digalas mahupun diheret (ok, exaggerate terlebih di situ). Nampak pink fluffy charm kat tepi handbag tu? Haa... Itu bukan pengganti red fluffy yang hilang aritu, tapi aku beli kat tempat lain sebelum aku terjumpa red fluffy kat Miss Teen Pavilion. Anyways, nak dijadikan cerita, aku boleh cepat-cepat balik bawak handbag dan tinggalkan jaket kat kerusi tu?! Amenda la muda-muda dah nyanyuk. Nasib baik cepat teringat dan telefon Pastryville mintak simpankan sebelum budak aku pergi ambik. Bak kata Adah, nasib baik tak tertinggal kat surau masa solat Zuhur.. Kalau tak, selamat tinggal Romeo Must Die la kan? Alhamdulillah..


Ni pulak semalam lunchtime bertiga dengan Adah dan Datin R. Kalau dah berjumpa memang meledak gelak ketawa tak ingat dunia, sampai keluar air mata. Aku menangis terharu dengar cerita pasal anak-anak dia, untung aku pakai spek hitam boleh gak cover line. Cengeng betul aku ni kuat nangis, hampeh. Orang anak terlebih ramai macam aku ni biasalah.. Cepat tersentuh dengar keindahan karenah anak-anak orang. Tumpang happy, kata orang.


Pandai budak kat Bistro tu ambik gambar, nampak kurus plak aku dari sudut itu. Hehehhe. 


Ni saje ambik gambar sendiri masa cucuk pin yang aku baru beli, tapi tak nampak pin yang comel itu. Lepas solat Zuhur kat surau, aku tunggu client untuk appointment seterusnya petang semalam kat Starbucks. Duduk sampai kul 6.40 petang, segelas air pon tak beli. Teruk betul, tapi aku seriously kenyang sampai tak bleh nak paksa minum apa-apa dah, apatah lagi makan. Cepat-cepat bangun nak kejar Asar, aku nyaris tertinggal jaket biru berjalur halus itu. Lain kali jangan pakai jaket kalau nak bukak dan letak kat kerusi bagai, sebab awak tu pelupa sangat la, Nai! Hehehhe. Banyak sangat makan semut gamaknya aku ni.. 

Itu je la nak cerita, terima kasih sudi baca. Sampai ketemu lagi, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.





Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan