Chuck & Wilson versi Nai at TPJ

Assalamu'alaikum. Ini kisah sebuah pom-pom kaler merah dan riwayat hidupnya yang singkat. Baru je ni aku beli, kat Miss Teen Pavilion KL 2 minggu lepas hari Ahad. Lagi berapa sen nak 50 henggit. Eh, mahal la bagi aku takat pom-pom berbulu kaler merah! Tapi beli jugak tu, sanggup sebab memang minat menda-menda comel dah pulak kaler merah angpau gitu..! Sayang sangat tau kat pom-pom merah ni.. Hari-hari aku sangkut kat handbag, ikutkan hati nak sangkut kat leher (ok, tipu). Dah la comel, lembut dan ohsem, baik hati pulak tu dia.. Tak pernah memberontak walaupun aku selalu heret dia gi semua tempat. Bila aku tinggalkan dia, mana ada selingkuh bagai. Yang penting, aku tak sakit hati walaupun dia tak pernah call, viber, whatsapp, telegram, facetime, skype hatta sms aku langsung. Never. Presenting ladies and gents, Miss Red Pom-Pom:- lepas ni adalah luahan hati aku kepadanya yang jauh di mata.


(Sibbaik la ada gak gambar closeup Miss Red Pom-Pom ni. Boleh gak ditandakan sebagai Ekshibit 'Female X' kot la nak tanda).


Seminggu lebih je dia hidup dengan aku. Banyak sangat jasa dia. Sayang sangat kat dia. Tahap sayang Chuck kat Wilson dalam cita Cast Away la lebih kurang, paham kau baaa? Takpe la kalu tak paham pon, aku tak marah. I wish I knew how to marah. :( 


Aku dah blended betul dengan dia... Setia menemani tiap ketika. Masa suka, duka, sewel dan siuman. Dah pulak aku kan selalu kena handle benda-benda sedih dan stressful, molek benar la ada dia jadi kawan yang ohsem.


Yes, I missed you so freaking much!


Kejap je kan jodoh kita? Seminggu je. Aku carik ganti baru, ok? Ni gambar terakhir aku ambik sebelum dia hilang dari pandangan. 


Mana kau pergi, dear? Lepas minum petang dengan Adah semalam kat Tim's Teapot kau ada lagi. Aku tinggal kau kejap je kan gi naik solat Asar kat tingkat atas, merajuk eh? Masa Adah drop kat LRT aku tak perasan pulak kau ada ke tidak... Rasa macam ada. Ke kau terjatuh dalam kereta dia? Kalau dalam kereta dia mesti Adah bagitau. Ke ada orang tarik kau masa dalam LRT? Sampai KLCC semalam, keluar je train kau dah takde. Sedih tau.. Aku peluk je handbag biru tu sepanjang jumpa orang kat Dome petang semalam... Tergamak kau tinggalkan aku? Cepat je aku mintak diri, gi surau solat Maghrib. Memang la aku tersengih senget sorang-sorang bila ingat kau dah takde tetiba hilang lesap vanish evaporate gitu gaya. Tapi hati ini siapa yang tahu? 

Macam ni la, aku gi beli baru kat Miss Teen okay? Harap-harap ada lagi kembar kau tunggu. 

~ Nai at Tak Pe Je.





Comments

  1. huihhh tinggal beberapa sen 50 hengget mau tak sayanggggg....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecik ati tau... Tetiba je takde depan mata...!

      Delete
  2. alahaiiii
    dia mesti sedey berpisah ngan ko

    cari ganti mmg la bley
    tapi tentunya tak samakan!
    semoga jumpa pengganti yang serupa!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Orang Malaya di Osaka : Kansai Trip

Teaser : Jejak Kansai Junior

Jubah Hitam dan Tudung Bawal Satin