Buletin Seminggu : Kaca & Permata.

Assalamu'alaikum. Random je aku ambik gambar letak kat sini, apa nak heran dah blog sendiri. Heheheh. Teramat havoc lagi busy Cik Puan Tak Pe Je semenjak dua tiga menjak ni, maka berhabuk dan berdebu dah blog dia, kesian... Tapi demi tidak memburukkan keadaan, moleklah dikumpulkan bahan-bahan mentah untuk dimasak sesedap rasa. Bedal aje kekdahnya... 


Kita mulakan dengan gambar ni. Hari Jumaat yang sangat mencabar kesabaran sampai terpaksa mencarut secara terbuka walaupun masih menggunakan nada bass no treble. Seriously aku menyampah dengan perangai sesetengah manusia yang terlebih sudu daripada kuah, terlebih masin daripada garam. Aku dah la under pressing situation nak siapkan macam2 benda secepat mungkin, dah kena pressure lagi nak melayan sentap dia. Ingat aku tak boleh nak sentap? Tinggal lagi aku tak layan sentap dengan sentap, aku either tak layan langsung ataupun bagi 360 darjah punya reaksi.  That day aku bagi 1 surat baekk punya, puas hati aku. Bahasa yang makan dalam. Cubit halus, sakitnya tu di sini di dalam hatiku punya bahasa. Eh, sentap melalui laki aku pulak. Langgar pantang la kan? Maka sila berdepan dengan aku sendirian berhad, hello aku tanya apa khabar? Elok pulak percakapannya, duk marah2 budak aku kat belakang takde makna betul. Akhirnya selesai jugak, Alhamdulillah.. Sebab silalah pegang hati anda, kawal emosi anda dan bertindak la dengan akal. Anda adalah cermin mak bapak anda, ada paham? Baloi memang berbaloi. Tapi putus jugak la urat saraf sepotong dua tahan marah. Apa nak buat...


Beratur tengok tu beg dan selipar, good samaritans. Weekend quick getaway 3 beranak ambik angin. Maklum la, aku kan tahan marah sampai putus urat segala. Kena la dibawa lari seketika, ditakuti bertukar jadi raksasa. Gamaknya la, aku tak tanya sebab getaway kepada pencadangnya. Patuh sahaja. Sabtu nan indah di Bangi.


On the way gi makan aiskrim Baskin Robbins kat Alamanda Putrajaya, takde jauh lagi ke nak pergi? Ada, tapi sila fokus tempat dekat dengan Lembah Kelang je ya, nama pun quick getaway.  Hero kat belakang tu sampai pakai neck belt nak bagitau bosan. Pancing dengan Toys R Us dah tu padahal. Hebat dia, pow mummy selaras Nerf kecik dan selaras Nerf besar. Bengkok mummy ko, anak! Geleng kepala daddy. Takpe la darling... 


Ni minum petang lepas makan aiskrim. Ambik gambar cincin besar pujaan hati nak promote bisnes kawan kat FB, yang dapat liputan sudahnya clutch itu. Takpe la, janji ditepati. 


Ni lepas check out hari Ahad, hero nak tengok Cicak Man 3 kat Pavilion. Aku pergi dengan niat suci nak tidur sepanjang jalan tapi best la pulak cerita tu, sampai ke sudah melekat. Hero seronok betul, siap kasi 9.5 bintang daripada 10. Hamboi3x... 


Yang ni hari Isnin keesokannya, ambik gambar sebentuk lagi cincin besar nak sokong bisnes kawan yang sama. Alhamdulillah, aku rasa aku dah contribute jugak la sikit sebanyak untuk bukak mata mutual friends kami dan dia punya circle of friends. Elok je bertenggek permata hijau tu, lawa baq hang...! 


Begitu la.. Terima kasih sudi baca. Jaga diri, hiasi peribadi. Sampai jumpa lagi. Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.






Comments

  1. klu ada org lebih kuah dri sudu mmng sentappp mak ;) hamboiiiii kerlasss sgt cincin tu kak ;p cantik

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan