Berpanas-Panas Di Muzium Negeri Terengganu

Assalamu'alaikum. Esok pagi nak bangun awal tapi petang tadi tertidur pulak, mata belum mahu berkompromi dengan waktu. Dah jadi burung hantu sudahnya aku! Jom la kita berblog, Cik Puan Tak Pe Je... Ok, kita cerita pasal day trip Ke Terengganu Darul Iman masa cuti sekolah dua minggu lepas. Pergi semata-mata nak bawak bibik jumpa pakar tulang tradisional, sedara-mara aku jugak bukan orang lain pon. Sebabnya x-ray Fomema aritu kesan ada dua tulang rusuk bibik patah, dah kena buat rayuan dan x-ray ulangan dalam masa 3 - 4 minggu. Nak letak video rawatan tu kat sini tak boleh la sebab takkan nak dedahkan aurat bibik pulak, kan? Jadi, cukup la aku bagitau kat sini yang rawatan tu Alhamdulillah berjaya dilakukan dengan izin Allah. Mudah-mudahan lepas la x-ray ulangan tu nanti, Ameen. 

Lepas makan tengahari, anak aku ajak pergi Muzium Negeri. Ikutkan la aje, dah nak bawak pergi main pasir kat pantai lagi tak logik dengan cuaca 37 darjah Celcius. Lagipun flight balik KL lambat lagi, malam lepas Maghrib. Last sekali aku pergi masa kat Matrik UIA, pakai baju kurung polka dot hitam putih yang kainnya dibeli kat Hankyu Jaya Jalan Telawi, Bangsar. Ukur lilit dada pinggang dan pinggul masih dalam skala budak umur 19 tahun, bujang trang tang tang. Beza memang berbeza la dengan 20 tahun kemudiannya kan? Masa tu aku pergi dengan Naza, kawan aku dan anak saudaranya. 2 dekad kemudian aku pergi dengan suami, bibik dan anak bujang aku yang sungguh obses dengan muzium. Gila tak emosional? Heheheh. 


Dah sesuai dengan usia 39 tahun, maka mengah sungguh aku menapak anak-anak dan mak-bapak tangga menuju kaunter tiket dan pintu masuk Muzium. Terik mentari atas kepala membakar topi Disneyland pink kaler, memercikkan peluh di mana-mana selagi ada jisim dan jirim. Hebat dugaan menutup aurat di dunia ini, Ya Rabb! Nasib baik la disambut dengan senyuman manis abang kaunter yang sedaya upaya bercakap KL dengan aku, yang senyumannya bertambah manis bila aku menyahut dalam lingua franca Terengganu dengan fasihnya. Heheheh. Ganung Kita rupanya, ya? RM5.00 x 3 dewasa bertukar tangan dengan 3 keping tiket berbentuk poskad. Anak aku dapat free admission, katanya dia belanja tapi aku tak pasti pulak kot manis mulut menanam tebu aje, kot2 la budak-budak memang free. Err.. I meant, manis mulut menanam tebu di pinggir bibir. Ke macamana dah perumpamaan tu? Boleh la ya.. 


Nov, 1995 VS March, 2015
Omaigadddddd!


Muzium Negeri Terengganu yang terletak di Losong ni rupa-rupanya adalah muzium terbesar di Malaysia, baru aku tahu. Kat dalam sana tak boleh amik gambar tapi takde orang kawal so paham kan? Hehehhe. Aku tak ambik gambar walaupun takde yang memerhati, sekadar menghormati. Tapi, takde larangan ambik video kan? So aku ambik la video anak aku main congkak dengan Daddy dia, upload dalam instagram dengan iringan lagu yang sangat romantik, 'Boulevard' nyanyian 'Dan Byrd'. Yes, I can be very very very romantic..! Heheheh.


Sebenarnya kalau hari tak terlalu panas, banyak lagi tempat menarik yang aku nak bergambar tapi itulah kan, aku memang tak tahan panas, nak buat macamana. Gambar bibik banyak la aku ambikkan, dia relax je panas hujan ribut takde masalah janji dapat bergambar sampai lebam. Cuma malas la nak letak kat sini gambar dia banyak-banyak, karang tukar jadi Bibik at Tak Pe Je pulak. Hurmm.. Tengok tu anak teruna sibuk makan tembikai dek kepanasan. 


Korang jemput la ke Muzium Negeri Terengganu, memang berbaloi-baloi dapat menyaksikan keindahan senibina Istana Lama, ukiran kayu warisan zaman-berzaman dan pameran pelbagai artifak sejarah kat dalam tu. Pergi la masa musim tak berapa panas, masa hujan sikit-sikit pon ok, jangan tunggu musim banjir pulak. Kalau hujan renyai-renyai kan, tersangat indah nyaman lagi mempesona kawasan kat situ. Aku memang tak pernah jemu lepak kat situ, korang pergi sekali pasti akan paham apa maksud aku. 

Sekian, terima kasih sudi baca sampai habis. Hingga ketemu lagi, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.









Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Orang Malaya di Osaka : Kansai Trip

Teaser : Jejak Kansai Junior

Jubah Hitam dan Tudung Bawal Satin