Nuffnangx

Thursday, 19 May 2016

Ada Apa Dengan Cintaku Terhadapmu?

Assalamu'alaikum. Petang semalam aku buat kerja gila, dah lama tak spontaneous macam tu. Lepas solat zuhur aku lari kejap gi walk-in beli tiket wayang, masa tu dalam jam 2pm. Tayangannya jam 2.30, aku ada masa setengah jam nak dimanfaatkan. Apa nak buat, eh? Duduk je la, browsing random instagram posts... 


Kali terakhir aku buat kerja gila macam ni masa zaman belajar dulu, bapak lama dah! Kalau dah extreme pergi tengok wayang sorang-sorang tu memang sedang stressed tahap gaban, dan carik platform nak menangis puas-puas. Mana boleh ajak orang kalau nak menangis, kan? Haruslah sendirian tanpa teman, barulah lepas bebas jiwa merdeka gitu...!

Ok, aku masuk panggung memang nak menangis, tapi aku tak sangka aku akan ketawa sambil menangis. Evolusi karakter Rangga sangat menawan kalbu. Kalau dulu AADC aku takde la minat tahap meroyan, tapi sequel nya dah buatkan aku begitu terpana dan dihimpit realiti sebuah kehidupan. 

Isi dan penceritaannya begitu dekat dengan dunia nyata dan 'believable', sesuai dengan umur mereka dan umurku kini. Ye lah, zaman remaja mereka dalam AADC jauh berbeza dengan zaman remajaku, habis macamana aku nak relate dan memahami kecuali bab setiakawan dan rasa cinta yang merajai minda.

Lama, terlalu lama Rangga mengambil masa untuk membuat penjelasan atas sebuah pengunduran. Tapi aku percaya dengan penjelasannya, sungguh. Dengan keadaan hidup dan budaya kita, aku menerima penjelasan itu. Dan sesungguhnya, walau sejahat mana tindakan orang yang kita cintai terhadap kita, jauh di sudut hati yang paling dalam kita takkan mampu untuk membenci. Yang dimaki itu tindakan. Yang memaki itu perasaan. Namun hati takkan dapat dibohongi, itu pasti.

Dan atas sebab peribadi, penjelasan itu membuatkan aku sangat berterima kasih kepada penulis skrip AADC 2. Terkadang lelaki mengambil masa yang terlalu lama untuk 'berani' meluahkan. Dan yang menguasai seluruh jiwa orang yang ditinggalkan, lalu terpaksa meneka dalam kesamaran itu sebenarnya tanpa sedar telah membuat persepsi dan rumusan dari sebelah pihak, tidak lebih daripada itu. 

Aku lebih-lebih lagi sangat terkesan dengan cara Rangga memohon untuk meluangkan masa dengan Cinta. Sepanjang waktu mereka bersama, aku teringat pada lagu Adele dalam album 25, 'All I Ask'. I felt them to the core, seriously. Buat apa tidur kalau itulah kali terakhir yang kita punya waktu bersama? Macam lagu Aeorosmith, 'I Don't Want To Miss A Thing' gitu. Jadikanlah ia memori yang paling indah untuk diabadikan. Dulu cerita Suara Kekasih lakonan Ogy Ahmad Daud dan Azmil Mustafa macam tu jugak. 

Kini AADC 2 tampil dengan impak yang serupa dari kaca mataku. Aku pun nak mintak macam tu kalau aku jadi Rangga. Tapi itulah, penghujungnya memang takkan boleh recover punya! Once somebody owns you, it remains that way. Terbanglah ke langit mana sekalipun, ada suatu ruang yang khusus untuknya, diam dalam hati. At least itu bagi orang macam aku, orang macam Rangga, orang macam Cinta. Orang-orang itulah yang memahami Ada Apa Dengan Cinta 2. 

*Sigh. Bengkak mata mak, nyah! 


Habis tengok cerita, aku masuk ofis sambung kerja. Kembali lagi ke dunia nyata seorang aku. Lega sangat rasa boleh menangis habis-habisan. Buat kerja pun lebih smooth, boleh gitu? Dah la berbaju kurung bagai masuk panggung, pelik betul la Cik Puan Tak Pe Je ni! 


Oh, ya! Itulah sapu tangan yang aku memang sediakan dari awal. Yang akhirnya lencun dengan air mata, mission accomplished! Demikianlah untuk kali ini, terima kasih sudi baca. Sampai jumpa, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

No comments:

Post a Comment